Inspirasi Dhia

So you nak jadi ‘Influencer’? Meh ‘we all’ ajar

Oleh  | 

SELEPAS korang khatam artikel ini, korang akan bergradusi dengan sijil macam mana nak jadi Influencer dengan cemerlang. Bravo!

Alright sebelum itu, pastikan korang hadam betul-betul jangan sampai tertinggal apa-apa point langsung.

Kalau korang tak ada persamaan dengan Sharifah Rose, jangan risau. Sekurang-kurangnya korang ada satu akaun media sosial kan? Ok la tu.

Branding branding and branding!

Yes people! Bukan make up saja yang korang kena fikir nak jenama apa. Diri kita sebenanrya pun perlu ‘berjenama’. Korang boleh mulakan dengan persoalan “aku nak follower kenal aku sebagai apa ya?”

Dengan 485 ribu pengikut di Instagram, orang sudah mengetahui bahawa Sharifah Rose sebagai seorang model. Jadi, caranya berpakaian tentu sahaja menjadi ikutan.

Begitu juga dengan Farah Ann yang mempunyai 243 ribu pengikut di laman sosial. Orang mengenalinya sebagai seorang atlet gimnastik negara yang cemerlang.

Guna apa yang ada

Tak payah fikir nak buka akaun baru. Korang hanya perlu bersihkan feed akaun korang. Gambar yang emosi atau mencarut korang dah boleh delete perlahan-lahan.

Tulis ‘branding’ diri dekat biodata. Letaklah yang korang ni “penulis” “penari” atau “pemerhati fesyen”

Pastikan ia lebih ‘legit’

Jangan lupa untuk ubah setting Instagram dari akaun biasa kepada akaun bisnes dengan percuma. Menurut CEO Noire Management, Ernest James, dengan menukar status akaun Instagram ia akan memberikan data trafik seperti siapakah yang selalu menurunkan komen di setiap gambar kita.

via GIPHY

Okey ini sahaja sebenarnya yang korang perlukan untuk jadi Influencer.

OMG, senangkan? Orait selamat berusaha.

Sumber: Cosmopolitan

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my