Serious?!

Spiderman kena ‘kick’ dari Marvel ?!

Oleh  | 

BILA sebut je pasal  MARVELhampir semua la naik gila ! Siapa je tak tahu pasal fenomena ni kan ? Sampai ramai buat baju and collect merchandise lagi. Walaupun dah lama masih ramai lagi yang cukup kagum dengan filem-filem Marvel ni. Tapi kan, tiba-tiba sis dengar cerita tak best lah pasal ni! Watak Spiderman kena kick dari Marvel ? Eh kejap, betul ke ni ? So demi korang semua sis dig a little deeper okay!

Rupa-rupanya, Marvel tak akan produce lagi  mana-mana filem yang berkaitan dengan Spiderman. Ingatkan filem Spiderman tak akan keluar dah, terkejut sis tau. Rupa-rupanya ada sedikit perselisihan faham between Disney dan Sony. Tapi kan sis still sedih jugak lah. Dengan nada yang curious, hm. Gaduh pasal apa pulak tu eh? mengikut kebanyakkan sumber, Marvel kiranya ada masalah sikitlah dengan agreement dorang yang berkaitan dengan profit agreement juga.

So kiranya Marvel tolong produce filem dorang dan kebanyakkan profit tu jatuh dekat tangan Sony atas sebab Spiderman belongs to Sony, dan Marvel hanya dapat 5% dari profit tu. So, Disney nak up sikit permintaan dari profit dorang tu. Jadi Sony tak agree untuk perjanjian ni. Maka Spiderman pun out la gitu.

So maknanya, buat masa sekarang ni, Spiderman is out from MCU (Marvel Cinematic Universe). Moga-moga dorang berbincanglah balik untuk keputusan ni. Sebab ramai betul yang sedih dan ada jugak yang marah siap nak boikot Sony ! Wow. Sampai macam tu sekali.

Dan satu lagi yang pasti, Tom Holland masih kekal sebagai Spiderman dan jikalau dorang masih lagi continue dengan agreement tu, Spiderman tidak akan berkolaborasi lagi lah dengan Avengers dan lain lain.

Ramai yang bagi respond yang tak puas hati dengan keputusan ni. Mestilah kan? sebab ramai yang cukup  kagum dan tak sabar nak tunggu upcoming movie Spiderman!

Well, apa-apa pun sis respect keputusan masing-masing untuk tidak meneruskan lagi projek mereka di mana Kevin Feige sebagai Lead Producer untuk Spiderman live-action dan Hopefully, they will reach good deals !

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my