Serious?!

Viral #StaystrongRosé! Siapa pula yang bergaduh dalam group BLACKPINK ni?

Oleh  | 

HELLO gadis-gadis trendy semua! Baru-baru ni, sis tengok ada satu hashtag yang tengah trending dekat twitter sekarang. Bila tengok-tengok rupanya ada kaitan dengan salah seorang anggota Blackpink k-pop music group yang famous gila tu!  Apa cerita? Sampai hangat menjadi trending dekat twitter tau.

Korang tau tak sekarang ni salah seorang anggota Blackpink mendedahkan layanan yang kurang baik sering diterimanya. Ish, siapa yang layan dia macam tu ? Pendedahan itu terbongkar apabila Rosé dan ayahnya liked satu post yang mengatakan beliau mendapat bad treatment berbanding groupmates dia yang lain.

FOTO: Wowkeren.com

 

Apa puncanya ? Sis curious jugak nak tahu. Hatta, bermulalah satu siasatan. It turns out, ayah beliau jugak liked posting di instagram ni. Kiranya tindakan itu menandakan beliau setuju dengan perkara tersebut. Statement yang dikeluarkan oleh peminat tegar tu menunjukkan bahawa Rose tidak mempunyai aktiviti tersendiri berbanding groupmates yang lain.

 

View this post on Instagram

 

💫⭐️💫 who needs to read this

A post shared by ꓥYDEN (@thisisayden) on

Keadaan menjadi lebih jelas apabila seorang peminat tegar post statement tersebut dekat social media beliau! Disebabkan ramai yang baru sedar dan kesian dekat beliau,semua peminat k-pop mula memberikan kata-kata positive dekat Rose.

Ramai peminat-peminat Rose ni kecewa lah dengan management team Blackpink. Kira macam dorang dah bazirkan potensi dan bakat yang beliau ada. Fenomena Blackpink ni memang dahsyat dan ramai peminat-peminat tegar ni tau. Well, sis harap lepas ni dorang bertindak adil terhadap Rose. Kesian dia!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my