D-Life

‘Stop’ sebelum terlambat! Ini 6 tanda-tanda ‘overthinking’ yang boleh rosakkan hidup korang!

Oleh  | 

ADAKAH korang salah seorang yang suka overthinking @ suka berfikir sesuatu secara berlebihan termasuk hal-hal yang remeh? Kalau terlalu memikirkan sesuatu perkara secara berlebihan dan akhirnya membuat keputusan mengikut emosi, mungkin korang tergolong dalam orang yang suka overthinking.

Overthinking mungkin juga boleh jadi satu perkara yang baik bila kita selalu fikir tentang kemungkinan yang akan terjadi sebelum bertindak. Tapi ada juga sisi tak baik overthinking ni yang mungkin boleh merosakkan hidup kita. So jom kita kenal pasti dulu tanda-tanda overthinking yang boleh merosakkan kehidupan kita.

1. Terlalu memikirkan pandangan orang lain

Bila selalu memikirkan pandangan orang lain, korang maybe dah tergolong dalam orang yang overthinking. Jangan ambil bulat-bulat tanggapan orang terhadap kita lebih-lebih lagi tanggapan negatif. Benda tu boleh buat kita rasa down, sedih dan tak yakin pada diri sendiri dan terus buat rumusan apa yang dikatakan tu seakan benar.

Sebenarnya tak perlu pun nak rasa macam tu. Tanam keyakinan dalam diri kita dan anggap je tanggapan orang tu macam angin lalu. Living life peacefully gitu.

2. Bimbang orang lain tidak dapat menerima gurauan kita

Ini memang biasa berlaku dalam kalangan kita kan. Kita terlalu fikir respon orang kepada kita bila kita cuba nak cakap sesuatu dalam bentuk gurauan. Sebenarnya bila fikir berlebihan macam ni lagi buat kita nampak awkward dan orang sekeliling akan rasa benda yang sama. Kan tak best kalau macam tu.

3. Selalu berfikir setiap percakapan akan menyinggung hati orang lain

Ha yang ini pun memang selalu terjadi dalam diri kita. Cuma kita perlu bijak kawal je supaya tak cenderung untuk jadi overthinking. Biasanya kita akan rasa bersalah lepas cakap sesuatu pada orang dan fikir orang tu akan terasa hati dengan kita. Siapa yang ada ciri-ciri yang macam ni beware! Korang kena bijak kawal perasaan korang supaya tak memudaratkan diri.

4. Bersangka buruk dan selalu fikir yang orang tak suka pada kita

Ini pun bahaya. Orang yang overthinking selalunya akan fikir yang setiap orang yang berkomunikasi dengan dia tak suka pada dia. Padahal tak ada alasan dan bukti yang jelas pun. Korang je yang suka fikir bukan-bukan dekat orang lain. Ish! Ish! Ish!

5. Rasa takut jika tak dapat memuaskan hati orang

Ketakutan tanpa alasan yang kukuh seperti ini pun tak elok juga. Orang yang overthinking akan berasa takut sekiranya dia tidak dapat memenuhi permintaan orang lain. Chill guys. Itu bukan urusan kita pun untuk fikir sebenarnya. Yang penting kita dah buat yang terbaik kan. Selebihnya tu terpulang kepada orang lain untuk menilai. Mereka ada hak juga untuk menilai.

6. Selalu fokus kepada kekurangan diri sehingga lupa kelebihan yang ada dalam diri

Orang yang overthinking ni sebenarnya rugi tau. Kita dah banyak buang masa memikirkan kekurangan diri dan selalu rasa kecewa dengan diri kita. Jangan terlalu fokus pada kekurangan diri semata padahal banyak lagi kelebihan pada diri kita yang terserlah.

So guys, tak ada kebaikan pun bila kita terlalu fikirkan perkara negatif sampai lupa untuk baiki diri kita dan serlahkan kelebihan diri kita yang lain. Fokus pada kehidupan kita dan tanam dalam diri kita untuk memandang semua perkara dari sudut positif okey.

So dah ready untuk keluar dari belenggu overthinking?

1 Comment

  1. anne

    16 February 2020 at 10:16 am

    adakah anxiety disebabkan oleh overthinking?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my