D-Life

Stres? Dah tiba masanya korang kena cuba ‘sound bath’

Oleh  | 

BERMANDI bunyi? Apa tu? Mungkin kamu tertanya-tanya. Sound bath sebenarnya bukan sesuatu yang baru, tetapi rawatan terapi alternatif ini digunakan sejak sekian lama dalam dalam masyarakat purba Tibet, Himalaya dan Asia Selatan.

Rawatan ini sangat berkesan dalam merawat kesihatan mental seperti depresi, kebimbangan (anxiety) serta insomnia yang kita semua tahu menjadi sesuatu yang sukar dilawan oleh milenial.

Terapi yang menggabungkan meditasi dan latihan mendengar, sound bath adalah satu bentuk penyembuhan muzikal yang menggunakan alat muzik Himalayan singing bowls, mangkuk kristal, gong, biosonic tuning forks dan shamanic drumming. Kamu hanya perlu berbaring di atas lantai dengan posisi savasana yoga dan biarkan alunan muzik ‘membersihkan’ chakra kamu.

FOTO: Shutterstock

Sound bath menenangkan sistem saraf tubuh dan menyeimbangkan kesemua chakra. Rawatan ini juga dikatakan mampu tangani depresi, kebimbangan, insomnia dan untuk memperdalam meditasi serta mencetuskan kreativiti. Kini terdapat banyak pusat yoga menawarkan kelas sound bath yang ketuai oleh Kundalini masters.

Kedengaran menarik kan? Sebelum kamu teruja nak daftar kelas sound bath, ini Dhia senaraikan 4 perkara yang kamu perlu tahu tentang sound bath!

 

Fikiran kena open-minded

YogaHub

Sound bath ialah sesi yang penuh intimasi! Kamu akan berbaring rapat dengan peserta-peserta lain sepanjang sesi ini. Jadi, body-to-body, face-to-face, skin-to-skin tu benda-benda biasa. Selalunya, sound healer (Kundalini master) akan duduk di tengah bulatan dan singing bowls berada di hadapannya. Kamu dan peserta lain akan baring dalam bulatan tersebut dan kepala mendekati singing bowls. Mungkin untuk kamu yang pertama kali kamu akan rasa awkward, tetapi percayalah, lama-lama kamu akan seronok melakukannya.

 

Bersedia untuk olah tubuh jadi lembut dan rileks

Dalam yoga, kamu sering berusaha keras dengan fizikal tubuh sehingga lupa tentang subtle body dan kehilangan manfaat sebenar daripada amalan yoga tersebut. Dengan sound bath pula, usah dipaksa. Don’t even listen. Baring dengan tenang dan biarkan alunan muzik tersebut melakukan penyembuhannya.

 

Kamu boleh rasa bunyi tersebut dalam tubuh badan!

FOTO: spokaneyogashala.com

Penah tak kamu hadir ke mana-mana konsert di mana bass terlalu kuat sehingga kamu boleh rasa tubuh bergetar? Ramai yogis percaya frekuensi bunyi tertentu boleh seimbangkan subtle badan kamu. Jadi ketika sesi sound bath, letakkan satu tangan di atas jantung dan sebelah lagi di atas perut. Bayangkan getaran meresapi physical and subtle body kamu. Kadang kala merasakan bunyi dengan cara ini boleh membawa kamu ke tahap ketenangan yang mendalam.

 

Kamu mungkin akan tertidur

That’s okay. Kamu masih dapat kebaikan sound bath walaupun jika tidur sepanjang sesi tersebut. Jika kamu tidak tidur ketika sound bath, kamu tetap akan dapat tidur yang lena malam itu. Disebabkan itulah ia merupakan terapi paling berkesan untuk penghidap insomnia.

 

Sound bath hanyalah salah satu terapi untuk melegakan sebarang stres atau mencegah kecelaruan mental. Nanti, kamu boleh cuba!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my