D-Life

Stres waktu ‘study’? Apa kata korang tengok 4 filem ini supaya semangat balik

Oleh  | 

SEPANJANG belajar ini memang kadang-kadang kita akan masuk ke fasa-fasa yang boleh buat kita down. Nak lagi kalau kita berada di tahun akhir pengajian. Rasa macam penat sangat nak siapkan tugasan akhir. Memang ada masa-masa yang buat kita rasa macam nak putus asa. Sebab itulah kita perlukan sesuatu untuk membuat korang kembali bersemagat menyiapkan tugasan sebelum deadline.

Bukan hanya kawan-kawan, tetapi filem yang bagus pun boleh membuatkan korang lebih bersemangat. Jadi, kalau tengah stres tu, apa kata korang tutup sekejap kerja menaip thesis dan tengoklah beberapa filem yang sis cadangkan ini.

Edensor

Diadaptasi dari novel terkenal Indonesia, cerita ini mengisahkan bagaimana anak-anak yang tinggal di pedalaman  iaitu Ikal dan Arai berjaya melanjutkan pelajaran mereka ke negeri orang. Dalam filem ini korang dapat tengok kegigihan sahabat karib ini sepanjang menghabiskan pengajian di Paris.

3 Idiots

Ini adalah cerita yang semua orang kena tengok! Ia menceritakan tentang tiga orang sahabat yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menamatkan pengajian mereka dalam bidang kejuruteraaan. Dibintangi oleh Rancho iaitu Amir Khan, ia membuka mata kita bahawa pendidikan sebenarnya tidak patut hanya temat di atas kertas peperiksaan tetapi haruslah dapat emmbantu masyarakat.

The social network

Siapa yang tak pernah dengar nama Mark Zuckerberg iaitu pengasas Facebook. Filem ini menceritakan bagaimana Mark menciptakan syarikat media sosial ini sewaktu di Universiti Harvard lagi. Ada banyak rintangan yang mengahalang Mark sebenarnya.

Adiwiraku

Mana tahu lepas tengok filem yang menceritakan pengorbanan seorang guru ini boleh memberikan korang motivasi. Cerita ini pun diambil dari sebuah kisah benar iaitu seorang guru Bahasa Inggeris bernama Cheryl. Ada banyak cabaran yang ditempuh cikgu ini semasa mengajar di sekolah pedalaman. Dalam filem ini juga korang boleh tengok kesusahan orang kampung untuk sambung belajar.

Itulah antara cerita yang diharapkan boleh menambah semangat korang untuk belajar. Tak apa untuk rasa down kadangkala, yang penting korang kena banggit dari kegagalan.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my