Oh-Oh-Tee-Dee

Style habis! Ini gaya simple Kim Go Eun kita boleh follow

Oleh  | 

SIAPA yang tak kenal dengan pelakon Korea yang mula meletup sejak mula membintangi watak utama dalam drama terkenal Goblin. Walaupun masih muda, Go Eun sebenarnya sangat berbakat tau. Banyak juga filem yang dia berlakon setiap tahun

Tidak hanya pandai berlakon, ternyata artis ini juga pandai menggayakan pakaian sehingga menarik perhatian peminatnya. Ia terkenal dengan gaya yang sangat sederhana dalam penampilannya. Jadi, apa kata kita tengok sikit OOTD si manis ini.

Dress dan jaket yang dipadankan pelakon ini memang buat dia nampak sangat ayu. Nak lagi dia melepaskan rambutnya ke bahu. Cantik!

Cantik juga kalau tampil dengan gaya vintage macam ini, Dress dengan rona polkadot ini juga buat kita terlihat comel.

Kalau nak bercuti, kita kalau boleh nak minimumkan masa bersiap sebab banyak masa kita nak gunakan  untuk berjalan meneroka kota. Jadi, gaya jeans dengan long jacket ni pun dah cukup cantik.

Alahai cantiknya bila pakai dress putih macam ini dengan kasut merah yang sememangnya menaikkan imej korang.

Sangat sesuai untuk korang yang nak pergi kerja atau kuliah. Cukup dengan baju dan seluar warna cerah. Oleh sebab korang nak berjalan banyak, sarung je kasut sport yang selesa macam ni.

Ha, simple kan? Dah masuk bulan baru ini bolehlah pergi shopping baju-baju yag ala-ala pelakon ini. Mana tahu boleh buat lelaki ala-ala Goo Yoo jatuh cinta.

Sumber: IDN Times

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my