Oh-Oh-Tee-Dee

Stylo habis! Apa kata cuba gaya blazer, kemeja ala-ala Emma Watson

Oleh  | 

BILA sebut sahaja nama Emma Watson, mesti korang dah boleh bayang keperibadian yang tegas, berpendirian, tahu membuat keputusan, dan berprinsip. Personaliti dia pun kita dapat tengok dari segi penampilan. Kalau korang dah bosan pakai styleyang sama sahaja setiap hari ke pejabat. Apa kata cuba gaya blazer dan seluar pula.

Berikut adalah gaya yang ditampilkan pelakon Harry Porter itu.

Apa kata korang pakai kemeja hitam satin dengan kolar berbelah V. Nak lebih cantik, pandankan dengan skinny heans dan beg hitam yang simple.

Nak nampak stand out? Tak ada masalah, cubalah suit dan tie corak polkadot ini untuk buat korang menyerlah. Jangan lupa padankan dengan inner hitam. Kasut pula kalau boleh biar warna terang macam kuning ini. Jangan lupa untuk bawa clutch tau.

Sibuk dengan kerja harian sampai tak sempat nak gosok baju? Tak ada masalah. Apa kata korang cuba stripped shirt, seluar dan blazer hitam. Pergh! korang nampak sangat kemas dan profesional.

Emma ada gunakan blouse tanpa lengan dengan polkadot yang padukan dengan cseluar kembang. Padankan outfit hitam untuk nampak manis dan sophisticated.

Katakan Ya kepada hitam putih! Cantik betul Emma Watson pakai floral dress warna hitam dan putih. Emma padankan pula dengan black oxford shoes.

Cantik juga blazer warna kelabu. Padankan dengan warna hitam. Nak nampak lebih cantik, padankan dengan belt pada pinggang.

Ha, cantik betul Emma Watson, kan? Boleh la cuba esok tau.

Sumber: IDNTimes

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my