Serious?!

Sudah masuk musim cinta! Ini 4 selebriti yang sudah melangkah ke gerbang perkahwinan

Oleh  | 

KATA orang, seseorang boleh boleh jatuh cinta tak kira masa dan usia. Kadang-kala, si dia datang dalam keadaan yang kita sendiri tak jangka. Siapalah yang boleh menduga rahsia dalam urusan jodoh untuk menjadi sehidup semati kan?

Bulan Mac telah meninggalkan kita, namun banyak kisah cinta yang terlakar sepanjang bulan lalu. Mana tidaknya, ramai selebriti yang telah selamat membawa hubungan cinta mereka ke jinjang pelamin pada bulan Mac.

Kepada sesiapa yang terlepas, ini 5 selebriti yang selamat bergelar suami isteri. Awww! Bersemut habis.

Fasha Sandha dan Aidil

Setelah mengikat tali pertunangan pada November lalu. Pelakon Fasha Sandha dan Aidil Aziz selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri hanya dengan sekali lafaz. Berseri-seri wajah Fasha dalam persalinan pengantin dengan senyuman yang tidak lekang di pipinya.

Bella Dally dan Arif Izudin

Seterusnya kita beralih kepada pelakon Bella Dally yang selamat bergelar isteri kepada Arif Izuddin Mohd Radzali yang juga merupakan seorang ahli perniagaan. Cinta yang berputik sejak Ogos tahun lalu telah diraikan dalam sebuah majlis di Putrajaya. Ia dihadiri sahabat dan ahli keluarga terdekat untuk menyaksikan momen bersejarah itu.

Afiq Muiz dan Panchara Apin

 

View this post on Instagram

 

❤️ @pachara_apin

A post shared by Muhamad Afiq Muiz (@muhamadafiqmuiz) on

Tahniah diucapkan kepada Afiq Muiz yang selamat disatukan dengan pasangannya yang juga merupakan seorang pelakon bernama Panchara Apin. Dalam sebuah majlis sederhana di Bangi, Selangor, Afiq telah memulakan fasa baru hidupnya bersama pasangan pilihannya walaupun baru beberapa bulan perkenalan.

Ameer Forteen dan Siti Nurnaja’a

Walaupun sedang sibuk menguruskan single terbaharu, Ameer Forteen tidak ralat untuk mempersiapkan diri menjadi suami kepada Siti Nurnaja’a Shamsul Kamar. Perkenalan mereka sebenarnya hanya bermula di media sosial sebelum masing-masing memutuskan untuk mengikat tali pertunangan pada tahun lalu. Kemudian, pada 1 Mac yang lalu mereka telah disatukan di sebuah masjid di Taman Melati.

Tahniah diucapkan kepada semua pasangan ini. Semoga Allah akan memelihara rumahtangga yang dibina hingga ke syurga.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my