D-Life

Sudah-sudahlah bina ‘mall’ dekat KL ni, Kita perlu pokok!

Oleh  | 

Nak sembang tentang alam sekitar ini memang bosan. Siapa je nak kisah? Asalkan internet rumah kita masih laju untuk kita maraton cerita Korea, cukuplah. Kalau elektrik ada dan kita masih boleh charge telefon, okaylah. Kalau nak mandi, buka sahaja pili air. Apa yang susah?

Kita jadi terlalu selesa sampai terlupa jika ekosistem terganggu, semua yang disebutkan tadi bakal hilang sekelip mata. Hidup kita mungkin lebih sadis lagi. Sebab itulah kita semua kena buka mata tentang isu alam sekitar ini di saat orang duk sembang  tentang keadaan bumi yang semakin tenat dekat forum ekonomi dunia.

Kita berada di zaman siang menjadi semakin panas. Di dada akhbar berita kebakaran telah melumpuhkan sebuah negara kerana akibat cuaca kering. Paras air di empangan menyusut dan gunung berapi tiba-tiba aktif dan meletus.

BACA: Kebakaran Australia! Apa yang korang perlu tahu

BACA:Meruntun jiwa! Gambar haiwan merana akibat kebakaran di Australia

FOTO: d.newsweek.com

FOTO: harianjogja.com

Kalau nak diingat balik, ramai mengeluh ketika terjadinya Fenomena El Nino sebab suhu hujan mengalami pengurangan sehingga 60 peratus. Waktu itu ramai yang buka mata bahawa bumi kita ini sedang tenat akibat kesan rumah hijau.  Tapi lepas jumlah hujan kita dah kembali normal, masing-masing pun makin senyap.

Penduduk di Kuala Lumpur mengeluarkan 1.406 juta tan karbon dioksida setiap tahun. Tapi, daya serap taman-taman dan pokok pula hanya boleh menampung sebanyak 438,367 tan untuk setahun. Maksudnya, kita kekurangan pokok dan taman-taman di Kuala Lumpur ini.

BACA:KL tersenarai tempat terbaik dilawati di Asia 2020

FOTO: Thestar.com

Setakat tahun 2018, dianggarkan lagi 6.58 million kaki persegi digunakan untuk disewakan kepada 10 lagi pusat beli belah di Lembah Klang. Berapa banyak jejak karbon yang bakal terhasil di Kuala Lumpur dalam tempoh beberapa tahun akan datang?

Itu belum lagi jumlah penduduk yang dianggarkan bakal meningkat kepada 2,198,400 orang menjelang tahun 2020 kalau mengikut statistik yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia.

Maksudnya ia akan menyumbang penambahan jumlah kereta atas jalan raya, bahan bakar, sampah sehinggalah pembebasan karbon dioksida.

FOTO: Says

Dalam situasi ini, kita memerlukan banyak lagi ruang hijau dan cukup-cukuplah pusat beli-belah. Ada beberapa tanaman yang memang berkemampuan menyerap ribuan karbon dioksida yang tinggi seperti Cassia dan Samanea Saman.

Bukan itu sahaja, Jabatan Pertanian Michingan sendiri dah kaji yang rumput dapat membersihkan dan memerangkap lebih 12 million tan debu setiap tahun. Inilah yang sangat kita perlukan di bandar sesak seperti kawasan Lembah Klang ini. Cuba bayangkan kalau kita mampu ada taman yang cantik macam ini dekat bandar-bandar kita ini. 

FOTO: trekearth.com

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur nampaknya menyedari dosa-dosa yang dilakukan, maka mereka pun  tampil dengan pelan untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai Bandaraya Taman Tropika Lestari menjelang 2020. Pocket park atau hutan bandar mini diwujudkan untuk warga kota. Antaranya dekat Taman Lucky, Bangsar dan Laman Tun Perak dekat Jalan Tuanku Abdul Razak serta beberapa lokasi lain.

FOTO: Thestar.com

https://thinkcity.com

Persoalannya ialah, cukupkah taman mini ini menampung kehilangan ruang hijau yang dikorbankan demi  proses urbaninasi di bandaraya kita ini? Atau cukup-cukuplah kita bina mall dekat bandar ini dan berilah tumpuan pula dengan usaha memperbanyak ruang hijau di bandaraya tercinta kita?

Sudah masanya kita semua memandang serius ini dan menjadi  Greta Thunberg di negara kita sendiri.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my