Be-You-Ty

Suka pakai lipstik tak semestinya tahu sejarahnya, ‘so’ dengar sini!

Oleh  | 

LIPSTIK merupakan salah satu alat kosmetik yang penting bagi kaum hawa. Dhia yakin setiap perempuan mesti tak boleh hidup tanpa lipstik kan? Korang pernah tahu tak sejarah macam mana boleh wujudnya lipstik ni? Jangan tahu pakai je sejarah kena tahu juga tau.

Lipstik atau gincu mengikut sejarah telah dicipta pada abad sebelum masihi ataupun lebih kurang 5000 tahun yang lalu di Mesopotamia atau dikenali sebagai negara Iraq pada ketika ini.

Pada waktu itu, para wanita menggiling batu permata hingga menjadi serbuk dan menempelnya di bibir dan kelopak mata supaya rupa mereka kelihatan cantik dan menarik.

Foto: Pinterest

Lipstik mencipta evolusi di Mesir Kuno apabila pada ketika itu kaum wanita tidak hanya memakai lipstik untuk kelihatan cantik sahaja. Mereka menggunakan lipstik sebagai pelindung kepada sinaran matahari dan angin di gurun pasir. Lipstik pada ketika itu sama pentingnya seperti pakaian namun lipstik hanya dipakai oleh golongan atasan sahaja dan bukan kepada rakyat biasa.

Selepas itu, penciptaan lipstik semakin berkembang apabila lipstik mula diperbuat daripada bahan kimia seperti yodium dan bromin. Namun, akibat kombinasi dua bahan itu telah menjadi racun, manusia pada ketika itu telah menemui bahan baru bagi mengubah struktur dan warna lipstik daripada kumbang, telur semut dan henna. Kombinasi bahan ini mampu menghasilkan warna carmine iaitu warna merah cerah.

Kalau korang nak tahu, Cleopatra merupakan salah seorang pemakai lipstik daripada ekstrak carmine ini pada tahun 51-30 Masihi. Malah, Cleopatra telah menambah ekstrak sisik ikan bagi mendapatkan efek kilau pada lipstiknya. Wow, macam mana manusia pada zaman dulu boleh fikir kreatif sampai macam tu kan?

Lipstik menemui evolusi yang baru dan kekal sehingga hari ini apabila Abu al-Qasim al-Zahrawi (pakar ilmu bedah moden) telah menggubah penciptaan lipstik sekitar tahun 900 masihi. Beliau juga telah menambahkan pewangi dalam lipstik pada ketika itu.

Penggunaan lipstik pernah menjadi kontroversi apabila masyarakat mempunyai pemikiran bahawa lipstik hanya dipakai oleh golongan pelacur dan wanita kelas bawahan sahaja. Pada waktu itu golongan atasan telah berhenti menggunakan lipstik. Namun lipstik kembali relevan pada abad ke-16 apabila Ratu Elizabeth I memakai lipstik warna merah terang di bibirnya.

Pada abad ke-17, lipstik kembali menjadi satu perdebatan hebat apabila parlimen Inggeris telah mengeluarkan regulasi pengharaman lipstik pada tahun 1770. Pada waktu itu sesiapa yang memakai lipstik akan didakwa dan dikelaskan sebagai ahli sihir. Wow, sampai begitu sekali ye!

Lama kelamaan lipstik semakin diterima oleh masyarakat dunia lebih-lebih lagi apabila industri filem Hollywood menjadi perintis kepada pemakaian lipstik semula. Sehingga hari ini lipstik menjadi salah satu alat solek terpenting kepada wanita lebih-lebih lagi pada ketika ini lipstik boleh didapati dalam pelbagai variasi dari segi bentuk, warna dan bahan ciptaannya.

Ha, dah tau kan sejarah terciptanya lipstik? Sekarang dah ada macam-macam tone warna okey! Korang suka warna apa? Dhia suka warna nude sebab boleh hasilkan natural look. Curlass…

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my