D-Life

Suka tahan berak? Ini padahnya menahan buang air besar.

Oleh  | 

KADANGKALA akibat kesibukkan diri, manusia sering mejadi lalai dalam menjaga kesihatan diri. Disebabkan sibuk, sehinggakan nak membuang air kecil mahupun besar pun dianggap membuang masa!

Namun ada juga kebanyakkan orang yang tidak mahu membuang ‘hajat’ di tandas awam juga menjadi satu alasan yang sering digunakan. Akibat daripada itu, banyak juga yang terlepas pandang akan kesan buruk yang bakal dihadapi.

Oleh sebab itu, sis nak kongsikan kesedaran ini kepada diluar sana agar kita menjadi lebih dewasa dalam mengekalkan kesihatan dalaman.

via GIPHY

Tahukah anda, risiko menahan berak sebenarnya lebih bahaya berbanding menahan kencing? Menurut sumber, menahan berak boleh  memberikan kesan negatif yang serius seperti masalah jantung, kekejangan dan risiko kematian!

Tabiat menaham berak ini menjadi punca tahi mula mengeras dan seterusnya mengakibatkan masalah sembelit. Bukan itu sahaja, usus juga berisiko untuk tersumbat. Di samping itu,kerap menahan berak boleh menyebabkan bahaya kepada organ pembuangan seperti keretakkan jaringan dubur dan buasir.

Tambahan lagi, risiko untuk mendapat kanser usus juga meningkat jika tabiat buruk ini diteruskan.

via GIPHY

Anda akan menanggung rasa sakit pada bahagian dubur yang disertai pendarahan. Meski boleh diatasi dengan menggunakan krim penghilang buasir, dalam keadaan yang parah buasir hanya boleh sembuh dengan cara pembedahan.

Jika korang tidak selesa untuk membuang air besar selaind di rumah, sis cadangkan pada korang untuk membuang air besar sebelum meninggalkan rumah. Jangan pula paksa atau meneran! Sebaliknya ubah kepada permakanan yang lebih sihat dengan perbanyakkan kandungan serat  seperti buah-buahan serta sayuran.

Sis harap artikel ini dapat membantu korang untuk mengekalkan kesihatan dalaman yang baik.

Sumber:dahtauker.com

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my