D-Life

Supaya tak serabut ‘time’ balik raya, semak jadual trafik PLUS ni sekarang!

Oleh  | 

LEBIH kurang seminggu je lagi Syawal akan menjelang. Lagu raya pun dah semakin berkumandang dekat mana-mana. Jemaah dekat masjid pun dah makin berkurang (eh?)

Sebelum korang bertolak pulang ke desa halaman masing-masing untuk menyambut lebaran. Apa kata korang rancang perjalanan supaya tak lah berkampung seharian atas jalan raya.

Kalau kita tengok perkiraan PLUS Malaysia Berhad, nampaknya tahun ini akan ada 2 juta kenderaan yang akan gunakan lebuh raya terutama waktu musim perayaan ni. Sebab tu korang kena ada pelan dan strategi untuk memastikan perjalanan korang smooth sahaja. Orait? Jom check Jadual Cadangan Waktu Perjalanan oleh PLUS.

via GIPHY

Masuk lebuh raya sebelum 10 pagi

Orait, kalau korang nak balik ke Perlis, Kedah, Penang, Perak dan Johor. Korang disarankan untuk masuk ke lebuh raya sebelum pukul 10 pagi.

Masuk pukul 10 pagi ke atas

Ini pula adalah cadangan masa untuk mereka yang nak pulang ke Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor.

via GIPHY

Bukan itu sahaja, sis nak ingatkan korang untuk topup kad touch and go korang sebelum memulakan perjalanan. Bukan apa, sebab bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas, PLUS ada tutup beberapa lorong tambah nilai dekat lebuh raya. So better isi awal-awal kad tu tau.

Jangan drive kalau tengah mengantuk sebab microsleep ini sangat membahayakan. Kalau rasa nak tersengguk tu, silalah berhenti berehat. Alright? Ok selamat pulang beraya!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my