Dhia Glam

Super Ring Gang ! Kecik-kecik dah Swag

Oleh  | 

Baru-baru ni banyak sis dengar tentang kemunculan rapper Malaysia dekat scene underground yang bagus dan power. Tapi ada satu kumpulan rapper ni yang buat sis terkesima dan terkejut sebabkan diorang ni kecik lagi dan masih bersekolah rendah.

Kumpulan yang gelarkan diri diorang Super Ring Gang ni membuat kemunculan pada tengah tahun ni dan dah banyak keluarkan single dan dah perform dekat banyak gig hiphop. Power.

Yang menjadikan diorang ni terkenal adalah disebabkan penggunaan word play yang sangat bagus dalam lirik diorang sampaikan sis terfikir yang diorang ni guna ghostwriter ke? Tapi apa-apa pun lagu-lagu diorang memang senang masuk dan boleh layan jadi dekat sini sis sharekan dekat korang lagu-lagu yang diorang hasilkan.

Flex Fail

Ni adalah single pertama diorang dan lagu ni dah pun mencecah lebih 40K tau. Dalam lagu ni banyak wordplay dan lagu ni catchy walaupun cara rap diorang boleh improve lagi.

Nerf

Lagu ni pun agak popular jugak dan dah pun mencecah 62K. Lagu ni sangat catchy dan buatkan orang mudah untuk sing along serta penggunaan liriknya yang simple tapi ada wordplay.

Hate

Lagu ni antara lagu kegemaran sis sebab ada female rapper dalam ni dan budak tu power. Sis terkejut jugak la sebab lirik diorang ada punchline yang buat korang rasa macam kelakar dan terkesima jugak la. Lagu ni dah mencecah 52K sejak ia dikeluarkan.

Taekwondo

Ni adalah lagu terbaru dari gang ni dan baru sahaja dikeluarkan pada 23 November 2019. Lagu ni memang fun dan catchy macam lagu-lagu diorang yang lain.

Bukan selalu kita dengar dkumpulan budak-budak yang suka hiphop ni kan? lagi-lagi effort dorang untuk bekerjasama untuk buat lagu, music video dan macam-macam lagi!

sis rasa dorang ni boleh pergi jauh la dan memang ada potensi untuk menjadi lebih berbakat dan kalau kita tengok pun, Sis harap korang terhibur la dengan artikel ni.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my