Serious?!

Surat pelepasan bukan tiket untuk bergerak bebas.

Oleh  | 

SEPANJANG tempoh perintah kawalan pergerakan berlangsung, tidak dibenarkan diantara korang untuk bergerak bebas kecuali membeli barangan keperluan harian atau mendapatkan rawatan kesihatan.

Akan tetapi ada diantara kita yang perlu bekerja seperti biasa yang telah ditetapkan oleh Perdana Menteri iaitu perkhidmatan penting negara samaada agensi kerjaan mahupun swasta.

Sumber: BERNAMA

Korang kena pastikan majikan mengeluarkan surat pelepasan perjalanan untuk pergi kerja. Surat pelepasan ini bertujuan untuk mengelakkan orang ramai yang sengaja keluar bebas tanpa alasan yang kukuh.

Ketua Setiausaha setiap kementerian akan mengeluarkan surat pelepasan dan kebenaran perjalanan kepada setiap pekerja, manakala Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan mendapatkan surat yang sama daripada majikan swasta.

Sekiranya korang melalui sekatan polis dan memberi alasan untuk bekerja ketika Kawalan Pergerakan ini dijalankan, akan diselesaikan dengan pas perjalanan yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian dan pejabat swasta.

Selain itu, tidak dibenarkan mana-mana majikan menyekat gaji pekerja yang terpaksa diberi cuti sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini berlansung.

Buat korang yang kena kerja tu, ini bukan lah tiket untuk korang bergerak bebas ye.

Sumber:Berita Harian

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my