Serious?!

Surat terbuka ayah Ashraf Sinclair buat netizen menangis

Oleh  | 

HAMPIR dua minggu sudah pemergian Ashraf Sinclair dan kita turut bersimpati kepada keluarga beliau. Menerima pemergian seseorang yang disayangi bukanlah merupakan satu perkara yang mudah.

Sedangkan ahli keluarga nak berpindah jauh pun membuatkan kita tidak mampu menahan air mata, inikan lagi pemergian buat selamanya.

Kesedihan tersebut bukan sahaja dikongsikan oleh isteri arwah, sudah tentu ahli keluarganya turut terkesan. Ayah kepada arwah menyatakan luahan isi hatinya di laman Facebook miliknya pada 1 March tahun ini.

Sis sudah pun sebak apabila hanya baru menerusi perenggan pertama dimana ayahnya, Mohamed Sinclair menyatakan kesedihannya namun harus tabah menghadapi kehidupan.

Foto:Facebook/Mohamed Sinclair

Mohamed Sinclair masih lagi bersedih dan terkejut akan pemergian arwah yang begitu tiba-tiba. Luahannya menceritakan perasaan terharu dan menceritakan bagaimana arwah Ashraf menyentuh hidup mereka.

Di samping itu, Mohamed Sinclair turut berkongsikan tentang banyak respon yang diterimanya melalui email dan mesej. Beliau tersentuh dengan sebuah email yang diterimanya menyatakan kefahaman akan kehilangan seseorang anak yang disayangi walaupun individu tersebut tidak mengenali arwah mahupun isterinya Bunga.

Foto:Facebook

Yang membuatkan hati netizen sebak membaca apabila ayahnya menyatakan keperitannya dan kesanggupan untuk bertukar tempat dengan arwah jika diberikan masa dan peluang tanpa ragu.

Pada perenggan terakhir, Mohamed Sinclair menulis seolah sedang berkata dengan arwah dimana beliau menyatakan kesukaran untuk menerima namun tetap berdoa untuk arwah dan berterima kasih kepada arwah.

Sis turut bersimpati, takziah diucapkan kepada keluarga dan isteri arwah.

Sumber:Facebook

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my