D-Life

Susah fokus kerja di pejabat? Ketahui penyebabnya

Oleh  | 

TAHU tak sebenarnya terdapat banyak faktor mengapa kita sukar untuk memberi fokus ketika berada di tempat kerja? Kalau korang sering berasa lemau dan lesu sehingga sukar untuk melakukan pekerjaan, ini tidak bermakna korang tidak memiliki kemampuan untuk fokus tetapi menurut sumber portal huffpost.com, terdapat beberapa sebab yang telah dinyatakan menjadi punca kenapa kita kurang menjadi produktif di tempat kerja. Nak tahu tak?

Berada dalam ruangan tertutup

Berkerja dalam ruangan yang tertutup sebenarnya boleh mengganggu kognitif tubuh badan kita tau. Kalau dah sampai tahap lemau tu korang perlu keluar dari tempat kerja korang sementara untuk menghirup udara yang segar. Cari tempat yang mempunyai sistem pengudaraan yang baik.

Ruang dan pencahayaan yang suram 

Kalau korang nak tahu, jika kita kurang terdedah kepada cahaya matahari, ianya boleh menjadikan badan dan mata kita menjadi letih. Tambahan lagi, berada di bawah cahaya matahari boleh membantu mengurangkan sakit kepala dan mata kita. Ada kajian mengatakan sebuah tempat yang mempunyai cahaya matahari boleh meningkatkan 2 peratus konsentrasi kita kepada kerja. So, kalau boleh cari ruangan yang mempunyai pencahayaan yang baik supaya cahaya matahari tidak terhalang untuk memasuki ruangan tersebut.

Rakan sekerja

Banyak kajian membuktikan bahawa sikap manusia boleh dipengaruhi oleh orang-orang disekelilingnya. Kebiasaan yang dilakukan oleh rakan sekerja kita sama ada baik ataupun buruk sedikit sebanyak memberi pengaruh yang besar terhadap kerja kita sewaktu di tempat kerja.

Suhu pejabat

Suhu pejabat menjadi salah satu faktor yang penting terhadap konsentrasi kita sewaktu bekerja. Banyak kajian memberikan suhu yang ideal berbeza untuk bekerja. Walaupun belum ada suhu yang spesifik untuk berasa selesa ketika di pejabat, pastikan korang sentiasa menjaga suhu supaya konsentrasi kerja korang tidak terganggu. Kalau terlalu sejuk pun boleh jammed otak tau. Macam mana nak berkerja kalau macam tu.

So dah tahu kan kenapa korang kurang produktif ketika berada di tempat kerja? Jadi korang perlu ada inisiatif untuk mengubah kebiasaan ini okay? Takkan sampai bila-bila nak bekerja dalam keadaan yang lemau kan. Nanti  kualiti kerja kita pun akan terganggu. Betul tak? Semoga prestasi kerja korang semakin baik lepas baca artikel ini. Chaiyok!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my