Be-You-Ty

Susah minum air masak? Ini yang kamu kena buat

Oleh  | 

KENAPALAH susah sangat kita nak minum air masak? Kalau minum jus oren atau coke, bukan main laju lagi kita telan. Itu memang persoalan yang dihadapi semua orang.

Walaupun kita tahu bahawa air masak dapat memberi banyak manfaat dan kelebihan seperti mencegah dan merawat sakit kepala, meningkatkan prestasi fizikal dan menurunkan berat badan. Namun, ia masih belum cukup untuk membuat kita  tertarik untuk meminumnya 8 gelas sehari.

via GIPHY

Ini kami cadangkan tiga langkah mudah untuk kamu minum lebih banyak air berbanding biasa.

 

Letakkan di tempat mudah dicapai

Kita akan minum kuantiti air lebih banyak daripada biasa sekiranya botol air berkenaan kita letakkan di tempat yang boleh kamu capai seperti di atas meja makan. Oleh itu, apa kata kamu letakkan air masak di atas meja. Jika kamu benar-benar haus, kamu akan meminumnya tanpa berfikir panjang. Kamu juga digalakkan untuk mempunyai air masak di sebelah katil kamu. Sekiranya kamu terjaga di tengah malam atau bangun daripada tidur, kamu juga akan minumnya beberapa liter.

 

Letakkan sedikit perasa

via GIPHY

Mungkin kamu terlalu biasa minum air tanpa perasa. Jangan risau, kamu masih membuat ice cube bersama-sana buah-buahan atau herba. Contohnya, kamu boleh bekukan ais bersama-sama beri biru, lemon, daun mint atau strawberi yang dipotong kecil. Kamu boleh mencampurkannya bersama-sama air masak yang kamu minum untuk memberikan kamu rasa yang segar daripada biasa.

Kalau betul-betul tidak mahu minum air masak?

Baiklah, kalau kamu betul-betul ingin minum selain air masak namun masih mempunyai khasiat dan meningkatkan jumlah air di dalam badan. Apa kata kamu cuba nikmati teh hijau  seperti papermint dan Chamomile. Kamu juga boleh bekukan teh berkenaan dan jadikannya sebagai ais dan nikmatinya bersma-sama rakan kamu pada hari lain.

 

Sumber:  Lifehacker

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my