D-Life

Susah tidur? Korang hanya perlu 2 minit sahaja untuk…

Oleh  | 

RASANYA semua orang pernah berada di dalam situasi yang mata korang susah betul nak pejam. Tak kisahlah apa sebabnya tapi apa yang pasti tidur yang terganggu memang buat mood korang tak berapa nak baik keesokkan harinya. Jika hal ini berlarutan, korang boleh menghadapi masalah yang lebih serius lagi.

Biasanya kita akan susah tidur sebab minda kita masih lagi berfikir dan memaksa kita untuk berjaga. Sedangkan tubuh kita memang sangat letih yang memerlukan kita untuk tidur.

Jadi, dalam artikel kali ini, sis nak cadangkan beberapa cara supaya korang semua boleh tidur dengan tenang.

via GIPHY

10 saat akhir

Korang memerlukan 120 saat seperti yang dicadangkan oleh Sharon Ackerman dalam buku Relax and Win: Performance Championship. 10 saat terkahir adalah masanya korang akan perlahan-lahan tertidur. Cara ini biasanya dilakukan oleh para tentera supaya boleh tertidur dalam masa kurang 2 minit.

-Tenangkan wajah termasuklah mulut korang

-Tenangkan bahu dan biarkan tangan berehat dekat tepi badan

-Tarik nafas, hembuskan supaya dada korang rasa lapang

-Tenangkan kaki, peha dan betis

-Fikirkan suasana santai selama 10 saat. Sebut je ‘jangan fikir’ selama 10 saat. Kemudian korang akan tertidur.

via GIPHY

4-7-8

Teknik ini fokus kepada pernafasan dan boleh membantu korang untuk tidur. Teknik ini menggabungkan kekuatan meditasi dan visual. Tapi kalau korang memiliki gangguan pernafasan, elok minta nasihat doktor dulu.

-Tutup bibirdan tarik nafas dalam-dalam melalui hidung selama 4 saat

-Tahan nafas selama 7 saat

-Hembus nafas dari mulut sehingga 8 saat

-Jernihkan fikiran korang

-Buat teknik ini 4 kali

via GIPHY

Bayangkan tempat yang tenang

Ini juga boleh batu korang untuk tidur dengan tenang. Sebuah kajian menyatakan seseorang boleh tertidur hanya dengan membayangkan tempat yang disukainya seperti air terjun, laut, bau lepas hujan atau apa sahaja yang boleh buat korang tenang.

Begitulah antara cara yang boleh dilakukan agar korang tidak cepat ngantuk. Kalau semua perkara korang dah buat tapi hasilnya tetap sama, apa kata korang pergi berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat yang lebih menyeluruh.

Sumber: CNN

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my