D-Life

Susahnya nak kawal emosi ketika datang bulan!

Oleh  | 

“Asyik nak emosi je dia ni mesti tengah period”

Ini adalah ayat yang paling biasa kita dengar apabila ada satu masa kita rasa nak marah je tanpa sebab. Kemarahan wanita seringkali dikaitkan dengan datang bulan kan?

Pstttt, kawal sikit emosi supaya orang tidak tahu korang sedang datang bulan tau. Nak tahu bagaimana cara untuk mengawal emosi ketika datang bulan? Meh sini Dhia ajar korang!

1.Dapatkan tidur yang cukup

Dapatkan tidur yang cukup adalah sangat penting dalam mengawal emosi. Kekurangan tidur boleh menyebabkan sel dan saraf tidak mampu berehat secukupnya sekali gus menganggu emosi kita.

2. Minum air suam

Badan kita akan menjadi panas akibat perubahan hormon. Minum air secukupnya untuk menyejukkan semula badan kita. Bukan sahaja badan, hati yang panas pun boleh sejuk tauu!

3. Tarik nafas panjang-panjang

Ha, cuba korang tarik nafas melalui hidung panjang-panjang dalam-dalam dan lepaskan nafas melalui mulut sebanyak 7 kali. Kaedah ini membawa korang ke zon Alpha atau bahasa mudahnya zon tenang. Tarik hembus! Tarik balik hembus okey!

4. Berkomunikasi dengan alam

Cuba beriadah dengan alam semulajadi dengan cara berkebun atau bersiar-siar di taman. Cara ini mampu membantu anda untuk rasa lebih relaks dan tenang. Yela, layan alam lagi bagus daripada layan manusia. Emosi pun tak terganggu. Betul tak?

5. Pastikan tahu waktu kitaran haid

By the way, korang as perempuan kenalah tahu jadual ‘haid’ korang agar korang boleh pilih hari yang betul ketika jumpa pelanggan atau bekerja di luar. Barulah segala macam aktiviti korang tak akan terganggu. Bila keluar lepak pun best je, tak spoil kan suasana gara-gara kita asyik nak emosi je.

Apa yang penting sebagai kaum wanita kita perlu bijak menangani emosi kita dalam apa jua keadaan okay?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my