Be-You-Ty

Susuk apa yang Song Ji Hyo pakai? Umur dah 38 tahun masih kekal muda remaja!

Oleh  | 

KALAU sebut pasal program realiti televisyen dari Korea Selatan pasti teringat tentang Running Man. Ahli yang paling popular semestinya Song Ji-Hyo yang sentiasa tampil cool dan brotherhood dengan ahli yang lain.

Ramai peminat kagum dengan gelagat aktif, bijak dan sikap bersederhana aktres ini. Namun apa yang paling peminat menarik hati ialah kecantikan Ji-Hyo seperti tidak dimamah usia. Bayangkan sudah 8 tahun bersama Running Man tapi langsung tiada apa-apa perubahan. Macam masih sama masa mula join Running Man

Sis berjaya selidik ‘susuk’ apa yang dipakai oleh Song Ji-Hyo. Korang ingat orang Korea tak main ‘susuk’ ke? 

Rajin cuci muka 

Tak kisahlah sedang sibuk dengan rakaman program televisyen atau travel, Ji-Hyo pasti akan mencuci wajah selepas semuanya tamat. Malah dia bawa kemana-mana sahaja skin care dan makeup kit. Dia percaya rutin mencuci wajah boleh mengekalkan sifat muda kulit. Bagi Ji-Hyo tiada teknik istimewa pun ketika mencuci wajah, paling penting lakukan dengan urutan lembut. 

Back to basic!

Ji-hyo hanya melakukan tiga langkah asas iaitu membersih, menyegar dan melembab. Bagi dia ia teknik yang paling utama dalam menjaga kulit wajah. Tak sangka selebriti antarabangsa ini sangat simple dalam kehidupan harian dia. Ingat totally diva atau leceh, oopss! 

Krim pelindung matahari 

Selesai sahaja tiga langkah asas, Ji-hyo tidak lupa untuk sapu losyen sunscreen pada seluruh wajah, leher dan baki losyen pada tangan. Krim pelindung matahari bukan sahaja untuk melindungi kulit dari bahaya sinaran UV, malah membaiki masalah kulit seperti penenuaan, tompok hitam dan garis halus.

Solekan nipis 

Ji-hyo lebih senang memilih CC Cushion kerana dia suka dengan hasil solekan yang ringan dan semulajadi. Para gadis yang simple dan nak cepat siap rasanya amat sesuai dengan CC Cushion. Sebagai pelengkap look, Ji-hyo hanya sapu nipis lip tint warna peach pada bibir. Ia memberi efek segar terus. 

Senang bukan cara Ji-hyo jaga muka? Tak perlu pergi klinik atau spa hanya pastikan tiga langkah asas, sunscreen dan tak terlalu over pada solekan. Sebab itulah Ji-hyo masih kelihatan seperti remaja! Pendapat Sis pun sama, kalau terlalu galak dengan solekan silap haribulan boleh nampak tua. 

Penulis: Izzah Ab Aziz

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my