Oh-Oh-Tee-Dee

Sweater kesayangan makin mengecil? Ini tips nak bantu korang!

Oleh  | 

KALAU dah namanya musim hujan, mesti korang nak selongkar balik almari baju dan cari balik sweater korang yang dah lama berlipat tu kan? Bukan hanya dapat memberi kita kehangatan, ia juga boleh dijadikan item penting dalam OOTD seharian kita.

Tapi, yang tak seronoknya bila sweater kesayangan kita semakin mengecil setiap kali kita basuh. Lebih-lebih lagi kalau korang basuh dengan cara yang tak betul macam main campak dalam mesin basuh lepas itu korang keringkan dengan suhu haba yang tinggi. Apalagi, mengecutlah sweater korang itu.

Tunggu dulu, jangan bagi dekat orang lain sweater kesayangan tu. Masih ada cara lain yang korang boleh buat untuk kembalikan ia ke bentuk asal. Jom tengok!

via GIPHY

Cara-cara

1) Isi bekas air dengan air panas dengan satu penutup botol syampu bayi atau perapi rambut. Korang juga boleh gunakan pelembut pakaian yang ada jual dekat kedai.

2) Rendam sweater yang mengecut itu dan biarkan 10 minit hingga 2 jam. Ia akan membantu mengembangkan balik fabrik pakaian.

3) Buang air rendaman dalam bekas itu. Tapi ingat, jangan bilas dengan air.

via GIPHY

4) Bentang tuala dan letak sweater korang atas tuala itu.

5) Gulung tuala dengan sweater korang sampai bentuk seakan-akan roll supaya lebih menyerap banyak air.

6) Letak tuala bersih yang masih dan letak sweater korang yang lembap di atasnya

7) Regangkan sweater korang dengan perlahan dalam keadaan lembap dan biarkan ia di tempat yang rata sampai kering.

Lepas ini tak payah susah-susah nak fikir apa nak buat dengan sweater yang dah semakin mengecil. Bila dah pulih ke saiz asal, korang bolehlah kembali menggayakan OOTD korang.

via GIPHY

Sumber: CNN

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my