Serious?!

Awww, ‘sweet dinner’ untuk Hael dan Ezra

Oleh  | 

CHEMISTRY kuat penyanyi Hael Husaini dengan komposer Ezra Kong memang tidak dapat dinafikan. Lihat sahajalah lagu-lagu yang dihasilkan selalu berkumandang di corong-corong radio sekaligus membuktikan lagu-lagu mereka mendapat tempat di hati peminat muzik tanah air.

Ceritanya baru-baru ini apabila Nabila Razali memuat naik beberapa foto di akaun Instagram atas kemenangan Ezra dan Hael dalam Anugerah Juara Lagu yang lalu dengan kapsyen pendek berbunyi,

“Congratulations Dinner” treats for both of them. Congrats again guys for #AJL33 and thank you so much for everything!

 

View this post on Instagram

 

“Congratulations Dinner” treats for both of them. Congrats again guys for #AJL33 and thank you so much for everything! 🙏🏻♥️🥩

A post shared by Nur Nabila Mohd Razali (@nabila.razali) on

Ramai yang memuji kemanisan persahabatan mereka bertiga. Rata-rata sudah mengetahui bahawa Hael dan Nabila memang sudah lama saling mengenali dan rapat kerana pernah menyertai sebuah rancangan realiti beberapa tahun lalu.

Hael dan Ezra turut mencipta beberapa lagu untuk Nabila Razali seperti Pematah Hati dan terbaharu lagu bertajuk Vroom Vroom.

Ada apa-apa ke?

Namun, netizen juga tidak ketinggalan untuk terus berteki-teki tentang status hubungan Nabila dan Hael. Ada juga terselit komen-komen nakal netizen tentang hubungan istimewa antara mereka yang dikatakan lebih dari sekadar seorang kawan.

Jadi, korang pula rasa macam mana? Sweet ke tak diorang ni?

Terdahulu, lagu Haram ciptaan Ezra Kong dan Hael telah dinobatkan sebagai juara lagu dalam Anugerah Juara Lagu ke 33 dan membawa pulang  hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 berserta trofi.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my