D-Life
Tada! Makan 3 benda ni kalau nak umur panjang
MEMANGLAH ajal dan maut tu ketentuan Tuhan. Tapi kita tak mau la mati sebab penyakit yang kita sendiri undang. Apa yang kita makan sebenarnya mempengaruhi kepanjangan umur seseorang.
Kalau korang nak tahu, diet mediterranean pernah dianggap sebagai diet paling sihat di dunia. Makanan yang diambil semasa diet ini juga sangat sihat dan boleh menjaga agar umur panjang.
Ha, jadi dalam artikel ni, sis nak kongsikan apakah kandungan bagi diet mediterranean ni!
Ikan!
Yes girl! Makanlah ikan kerana ia mampu membuat menjaga jantung seseorang. Nak lagi bila jantung dan stroke adalah penyebab kematian terbesar dekat dunia ni.
Menurut kajian yang diterbitkan British Medical Journal, makan ikan dua kali seminggu secara sederhana boleh mengurangi risiko penyakit stroke. Sebanyak 800 ribu individu dari 15 negara telah terlibat dalam sebuah kajian yang dilakukan oleh Dr Rajiv Chowdhury. Hasil kajian menyatakan makan 2 hingga 4 portion memiliki risiko sakit serebrovaskular lebih rendah.
Sayur dan buah
Ha yang ini memang tak boleh diabaikan. Sayur dan buah-buahan boleh mengurangkan komplikasi penyakit berbahaya.
Sebuah kajian yang diterbitkan dalam International Journal of Epidemiology menyatakan makanan seperti epal, buah-buahan, sayuran yang kaya dengan vitamin C boleh mengurangkan risiko peyakit kardiovaskular dan kematian. Ha! tidak dilupakan kacang-kacang yang boleh mengurangkan risiko kematian 39 persen lebih rendah.
Serat
Analisa yang diterbitkan The Lancet menunjukkan penurunan 15-30 persen risiko kematian yang berkaitan kardiovaskular. Makanan yang kaya dengan serat juga boleh mengurangi penyakit seperti strok, diabetes dan kanser.
Ha, jadi lepas ni bolehlah pastikan tiga komponan makanan ini ada dalam pinggan korang tau. Barulah sihat sentiasa dan panjang umur hendaknya.





Komen Terkini