Serious?!

Tahniah! Ain Edruce sah melangsungkan pertunangan

Oleh  | 

BARU-BARU ini pelakon tinggi lampai yang juga merupakan seorang model dan pengacara Ain Edruce telah memuat naik beberapa keping gambar menerusi insta stories miliknya.

Sebenarnya Ain Edruce baru sahaja melangsungkan pertunangan bersama kekasih hatinya, Amirul Hafiz. Patut la berseri-seri je Ain semenjak dua ni. Tahniah daripada team Dhia!

FOTO: Instagram Ain Edruce

Gadis 28 tahun yang berasal daripada Terengganu ini telah menjalinkan hubungan bersama kekasihnya itu sejak tahun lepas. Menurut Ain atau nama penuhnya Nurul Ain binti Edruce, semenjak mengenali tunangnya itu, dia semakin terbuka untuk memikirkan soal kahwin.

FOTO: Instagram Ain Edruce

Jadi, team Dhia ingin mengucapkan tahniah kepada gadis manis versatil atas pertunangannya. Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan cepat-cepat naik pelamin okay?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my