Serious?!

Tahukah anda, tandas duduk sebenarnya punca penyakit buasir

Oleh  | 

DISEBABKAN peredaran zaman, cara hidup manusia pun turut berubah dari bermacam aspek. Kebanyakkan daripada kita memang suka bergantung pada teknologi sepenuhnya dan sampaikan  meletakkan kepercayaan 100% pada teknologi.

Dalam pada masa yang sama, banyak jugak kes-kes yang berpunca daripada perkembangan teknologi sendiri. Ada juga sampai meragut nyawa! So,hari ini, sis nak kongsikan satu perubahan zaman yang mendatangkan penyakit kepada manusia.

Korang tahu tak sebenarnya tandas duduk yang banyak digunapakai oleh kita semua adalah penyumbang besar kepada penyakit buasir?

via GIPHY

Tandas duduk tu boleh mengganggu fungsi usus besar disebabkan najis tidak dapat keluar sepenuhnya. Walaupun kita cuba dengan meneran namun, ia tetap tidak akan dapat berjaya dikeluarkan dan akan tersimpan di dalam badan manusia selama bertahun lamanya!

via GIPHY

Apabila kita cuba dengan meneran, ia boleh menyebabkan komplikasi penyakit yang lain pula. Whats even worse, pada korang yang tak suka makan sayur atau buah-buahan, ia akan menyebabkan najis menjadi keras dan menyebabkan berlakunya geseran pada dinding usus. Apabila perkara ini sering terjadi, penyakit buasir mula muncul.

via GIPHY

Yang boleh menjadi punca kepada penyakit buasir ini adalah, menahan diri daripada melepaskan “hajat” tersebut dan turut menyumbang penyakit buasir menjadi lebih teruk.

 

 

 

 

 

Sumber: MyMetro

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my