D-Life

Tak ada ‘bestfriend’ petanda korang ada masalah dengan diri sendiri – Pakar

Oleh  | 

MUSTAHIL sebenarnya kita boleh menghadapi dugaan hidup sendirian. Kita mesti perlukan seseorang di sisi untuk bercerita dan berkongsi kisah suka dan duka. Ia memang lumrah manusia untuk ditemani dan saling bergantung antara satu sama lain. Tapi, ada juga yang lebih senang bersendirian tanpa ditemani oleh sesiapa. Mereka sudah terbiasa bersendirian. Makan, pergi kelas, ke pusat beli-belah, tonton wayang semua dilakukan bersendirian. Mereka tidak pernah berada dalam situasi bercuti dengan kawan-kawan atau lepak selepas belajar bersama-sama setelah habis kelas.

via GIPHY

Seorang pakar sosiologi dari Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Hafeeza Ahmad Pazil berkata mereka yang tiada sahabat baik mungkin mempunyai masalah kurang keyakinan diri untuk bergaul dan lebih cenderung memilih keluarga untuk bercerita tentang semua perkara. Jadi sebab itulah kita nampak dia selalu bersama keluarga berbanding kawan-kawan.

BACA : Kawan memang ramai, tapi kenapa aku sunyi?

Sebuah kajian yang dijalankan pada April membabitkan 10,000 individu berusia 13 hingga 75 tahun di sembilan negara berbeza mendedahkan satu daripada sepuluh individu langsung tidak mempunyai sahabat dan tidak berminat langsung untuk memiliki kawan karib.

via GIPHY

Selain itu, mereka yang tidak mempunyai kawan akan cenderung mengalami kegelisahan, kemurungan dan cepat sakit. Jangka hayat mereka juga akan berkurang sebanyak 20 peratus kerana kurang rasa gembira.

Namun begitu, mencari seramai mungkin kawan juga bukanlah solusi yang baik. Kajian ini turut mendedahkan mereka yang mempunyai enam atau lebih kawan karib boleh menjadikan mereka lebih terasing.

via GIPHY

Majoriti rakyat Malaysia lebih menghargai perhubungan yang berasaskan kejujuran sehingga mereka boleh jujur dan terbuka tentang perasaan masing-masing walaupun mereka terdiri daripada umur yang berbeza.

Memang ada orang yang susah nak buka mulut untuk memulakan perbualan dengan orang baharu. Tapi tak apa, sebab kita hanya perlu mencuba untuk berbual. Mana tahu dia pun rupanya sejenis masuk air dan tak kisah nak berkawan. Kita tak memerlukan banyak orang disekeliling kita untuk buat kita gembira. Tapi kita mesti mempunyai seseorang yang rapat untuk bercerita tentang hari-hari yang pernah kita jalani. Mereka inilah yang akan memberikan warna-warni dan membuat hidup kita lebih ceria.

Jadi, siapa bestfriend korang?

Sumber: Berita Harian

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my