DhiaLova

Tak banyak masa nak ‘dating’? Baca ini sekarang

Oleh  | 

UMUR awal 20-an adalah masa yang sangat sibuk memandangkan kita baru sahaja memasuki alam pekerjaan. Kita baru mencari jalan dan memahami untuk hidup dalam kesibukkan. Masa yang kita selalu gunakan untuk bertemu si dia yang tersayang juga semakin singkat.

Walau sesibuk apapun, apa kata kamu cuba cari masa untuk diluangkan bersama mereka yang tersayang. Bertemu dengan si dia yang tersayang boleh memberikan kamu kebahagiaan dan membuat kamu bahagia setelah menjalani hari-hari yang melelahkan. Oleh itu, ini kami senaraikan lima perkara yang kamu boleh lakukan untuk menjadikan masa yang diluangkan bersama-sama si dia akan lebih bermakna. Jom kita check it out!

Rancang aktiviti kamu

via GIPHY

Memandangkan masa yang kamu peroleh adalah sangat terhad dan kamu jarang bertemunya.  Apa kata kamu rancang kemanakah agaknya destinasi dan aktiviti yang ingin kamu lakukan bersama. Contohnya kamu boleh fikirkan untuk melakukan aktiviti indoor macam tengok wayang atau ke taman untuk bersiar-siar. Boleh sahaja jika kamu memilih untuk rancang apa nak buat bila sudah berjumpa. Tapi awas, jangan sampai kamu biarkan masa kamu berlalu begitu sahaja.

Ketepikan teknologi dan gajet kamu

via GIPHY

Sudahlah jarang bertemu si dia, janganlah pula dengan masa yang ada itu kamu sibuk pula membelek  telefon bimbit kamu. Mungkin kamu resah memikirkan kerja pejabat yang masih berlambak. Namun, kamu perlu untuk memiliki cara hidup yang seimbang. Tinggalkan telefon bimbit kamu dalam mode senyap dan habiskan masa kamu dengan yang tersayang tanpa gangguan.

Listen!

via GIPHY

Kamu benar-benar berkomunikasi dan bertukar cerita dengan si dia. Tiada yang lebih penting dalam satu perhubungan selain komunikasi dan memahami apa yang dicurahkan pasangan kamu. Kamu boleh menikmati makan malam bersama dan bercakap seputar hidup yang berlaku sepanjang kamu berjauhan. Namun janganlah biarkan satu pihak sahaja yang bercakap. Beri ruang untuk kedua-dua pihak bercerita.

Terima kasih

via GIPHY

Kalau kamu nak tahu, apa yang kamu lakukan selepas berjumpa  si dia turut menjadi sesuatu yang penting.  Apa kata kamu sampaikan pesanan lewat whatsapp menyatakan terima kasih kerana meluangkan masa bersama-sama. Ini menunjukkan betapa penting seseorang itu dalam hidup kamu. Cara ini juga akan membuatkan si dia rasa lebih dihargai.

Sumber: thefinancialdiet

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my