Serious?!

Tak bermaksud nak hina rider, pensyarah UPM tampil mohon maaf

Oleh  | 

SEMPAT juga viral dekat laman sosial hari itu apabila seorang pensyarah dari Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Dr Yusof Saari dikatakan menghina mereka yang bekerja sebagai pemandu e-hailing atau rider.

Baru-baru ini pensyarah tersebut tampil memberi penjelasan bahawa video yang berlegar di laman sosial itu sebenarnya sudah disalah faham. Ini kerana klip video yang berlegar di laman sosial tersebut hanyalah potongan beberapa minit wawancara sekaligus mengundang spekulasi negatif orang awam terhadap kenyataanya.

“Kini, saya dalam proses mengambil tindakan undang-undang ke atas individu serta pihak tidak bertanggungjawab yang memanipulasi, menyebarkan fitnah, ugutan serta tohmahan yang tidak berasas terhadap saya…” katanya kepada akhbar tempatan.

Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Pengurusan itu mengatakan apa yang diucapkan semasam wawancara Belanjawan 2020 tempoh hari tiada niat lain melainkan memberi pandangan agar kerajaan mengangkat martabat dan maruah pekerja agar menyediakan peluang pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan graduan.

“Saya mengambil iktibar daripada kejadian yang berlaku dan akan lebih berhati-hati di masa akan datang dan berharap agar kenyataan ini dapat menghentikan tohmahan dan buli siber yang sedang dilakukan kepada saya,”

Mengambil iktibar dengan apa yang terjadi. Pensyarah itu akan lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan agar tidak disalah faham dan dimanipulasi pihak tertentu.

Bagaimanapun, pensyarah itu turut meminta maaf kepada semua sekiranya video terbabit menyinggung mana-mana pihak.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my