Serious?!

Tak bersalah jadi korban, ini 4 kes membabitkan pemandu mabuk tahun 2019!

Oleh  | 

TIADA siapa yang menginginkan ahli keluarga mereka maut apalagi jika ia disebabkan oleh kecuaian orang lain. Bukan sekali dua kita dengar kes kematian kemalangan jalan raya yang disebabkan oleh pemandu mabuk. Tidak pastilah apa yang bermain difikiran mereka sehingga melanggar undang-undang jalan raya memandu bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan nyawa orang lain melayang.

Berikut adalah antara beberapa kes kemalangan jalan raya yang melibatkan kematian gara-gara pengaruh alkohol. Jom baca sampai habis.

Pemabuk rempuh pekerja kontrak sampai mati

Kes yang berlaku pada 9 Julai 2019 ini membabitkan seorang pekerja kontrak yang sedang melakukan kawalan lalu lintas sambil memegang lampu baton di lorong kiri tengah jalan. Semasa dia sedang melakukan tugas, tiba-tiba ada sebuah kereta Myvi yang dipandu oleh seorang wanita berumur 42 tahun melanggar mangsa sehingga dia meninggal. Rupanya wanita itu mabuk.

Penunggang motosikal maut dirembuk Honda Accord

Berlaku di Pulau Pinang pada Oktober lalu, seorang penunggang motosikal yang juga kakitangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang menemui ajal apabila dirempuh oleh kereta dipandu oleh seorang wanita. Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 6:50 pagi itu, wanita yang berusia 24 tahun itu mabuk  dan merempuh penunggang motosikal dari arah belakang ketika melalui lampu isyarat.

Peniaga nasi lemak maut dirempuh lelaki mabuk

Kejadian yang berlaku di Seberang Perai ini membabitkan seorang lelaki mabuk yang berusia 31 tahun merempuh kedai nasi lemak dan kuih muih sehingga menyebabkan seorang peniaga maut. Bukan itu sahaja, suaminya juga parah dalam kejadian itu.

Pekerja CIMB maut dirempuh pemandu mabuk

Seorang pekerja CIMB bernama Liyana Zolkepli mencuri perhatian warganet apabila berita kematiannya berlegar di laman sosial. Liyana maut ditempat kejadian apabila keretanya dilanggar oleh pemandu yang mabuk pada Jumaat lalu. Liyana dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghadiri program anjuran syarikatnya.

Nampaknya, sudah masanya kita bincangkan perkara ini ke suatu tahap yang lebih serius. Kita dah tak nak dengar bermacam lagi insiden ngeri dan nyawa yang tidak bersalah melayang akibat daripada sikap pemandu yang hanya mementingkan diri mereka sendiri.

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my