D-Life

Tak boleh anggap mudah, selalu kentut petanda korang…

Oleh  | 

SEMUA orang kentut dalam dunia ini. Faham-fahamlah bau kentut pun memang dasyat. Nak lagi kalau makan benda bukan-bukan. Dia punya bau silap haribulan boleh buat orang pengsan.

Walaupun semua orang kentut, tapi kalau kekerapan korang kentut tu luar biasa sangat, itupun sebenarnya ialah petanda korang ada masalah kesihatan tau. Jom tengok apakah punca yang menyebabkan kentut korang lain macam.

via GIPHY

Minum air gas

Minum sikit-sikit okay lah sis. Tapi kalau dah sampai berbotol-botol akan menyebabkan korang buang angin lebih kerap daripada biasa.Udaara akan terperangkap dekat dalam usus besar menyebabkan angin keluar 50 peratus lebih kerap.

Radang usus

Banyak sangat kentut juga adalah petanda radang usus atau Inflammatory  Bowel Disease. Gejala ini akan menyebabkan rasa sakit, bengkak dekat perut, dan kepenatan. Kalau korang dah alami tanda-tanda ini, silalah ke hospital.

via GIPHY

Makan sayur tertentu

Sayur memang baik untuk kesihatan. Tapi ada juga beberapa jenis sayuran yang akan membuat korang buang angin dengan banyak seperti brokoli dan kobis. Sayuran macam ini banyak karbohidrat menyebabkan ia sukar nak dicerna. Akibanya, perut korang pun menghasilkan gas.

Sindrom iritasi usus

Selalu kentut pun sebenarnya adalah petanda korang menghidap sindrom iritasi usus. Korang akan tiba-tiba rasa kram kat perut, kembung dan selalu sembelit.

via GIPHY

Satu lagi sis nak ingatkan yang kalau korang makan makanan cepat saji pun boleh buat korang banyak kentut sebab bakteria dekat dalam usu korang dah tak seimbang. Jadi, apa yang korang makan sebenarnya sangat penting untuk kesihatan perut dan juga usus. Jaga-jaga!

Sumber: Beautynesia

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my