Serious?!

Tak boleh diubati! Ini 5 fakta tentang penyakit Polio yang korang kena tahu

Oleh  | 

SEMALAM di Twitter, semua heboh membincangkan  sebuah virus yang biasanya hanya ada waktu zaman perang dulu. Namun, sebuah kejadian telah menggemparkan negara apabila ada seorang bayi lelaki dari Tuaran, Sabah telah dijangkiti virus Poliovirus ini.

Berikut adalah beberapa info tentang Polio yang korang kena tahu seperti yang dikongsikan oleh Dr. Aen di Twitter.

FOTO: Pulitzercenter

Mudah berjangkit

Ia adalah sejenis penyakit yang mudah tersebar terutamanya melalui najis atau persekitaran yang tidak bersih. Bukan itu sahaja, kalau virus ini dah lama sangat tersebar, ia akan mengalami mutasi genetik dan menyerang sel otak dan saraf tunjang.

Lemahkan pernafasan, otot

Wabak ini juga sangat bahaya kerana ia boleh melemahkan otot pernafasan sehingga kita tak boleh bernafas serta mengakibatkan kematian. Tanda awal penyakit ini ialah demam, lesu melampau, sakit kepala, kejang leher, muntah dan badan terasa sakit.

Mati atau lumpuh

Mereka yang terkena virus ini bakal berdepan dengan keadaan yang sangat berbahaya seperti lumpuh seumur hidup atau kematian.

FOTO: Wired

Berpuluh ribu pernah mati sebab Polio

Sebenarnya virus ini telah lama wujud iaitu sejak zaman mesir purba memandangkan waktu itu tiada pencegahan vaksin macam sekarang. Jadi ramai yang telah terkorban terutama sekali bayi dan kanak-kanak.

Macam mana nak cegah?

Ia hanya boleh dicegah melalui imunisasi. Dos vaksin Polio berganda perlu diberikan kepada kanak-kanak dan bayi bagi melindungi mereka seumur hidup. Susahlah kalau korang jenis yang anti-vaksin. Sebab korang berpotensi untuk terkena virus ini.

Semoga virus ini berjaya dicegah dan kita sekali lagi boleh menjadi negara yang bebas Polio!

 

Sumber: Dr Aen, majalah sains

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my