D-Life

Tak boleh ‘go’ dah! Buat benda ni bila hadap orang yang ‘annoying’

Oleh  | 

BERHADAPAN dengan manusia yang menyakitkan hati sememangnya memerlukan kesabaran mental yang tinggi. Kadang-kadang kita dah sehabis daya berbuat baik kepada mereka namun mereka tetap juga menyakitkan hati kita. Bertenang sister sister semua! Walau macam mana pun, kuncinya adalah sabar. Namun, kesabaran ada juga batasnya. Bila hari-hari orang menyakitkan hati kita, kita pun boleh jadi baran kan?

Takpe, ada caranya untuk bertahan dengan spesies manusia seperti ini. Apa yang penting korang jangan bertindak melulu dengan membalas semula perbuatan mereka. Jika tidak, tiada bezanya kita dengan mereka. Jadi apa yang perlu kita buat ye bila berhadapan dengan manusia macam ni?

Berhenti berharap yang mereka akan memahami perasaan kita

Berharap mereka akan berasa bersalah selepas kita luahkan apa yang terpendam dalam hati ternyata satu perkara yang sia-sia. Manusia yang suka menyakitkan hati orang lain ini selalunya seorang yang keras kepala dan ego. Mereka akan sentiasa berasa diri mereka sahaja yang betul. Buat habis air liur je luahkan perasaan pada orang yang macam ni. Cara yang terbaik adalah korang perlu tanam dalam fikiran korang supaya tidak berharap mereka mampu memahami korang. Bila mereka masih dalam keadaan yang sama, itu akan lebih menyakitkan hati. Betul tak?

Mereka jadi annoying mesti bersebab

Boleh jadi mereka yang suka menyakitkan hati orang lain ini mempunyai sejarah yang buruk sehingga mereka berkelakuan begitu. Mungkin juga mereka mempunyai masalah peribadi sehingga kurang peka terhadap perasaan orang lain. Cuba untuk jadi positif dan memahami keadaan orang lain. Mungkin dengan cara ini boleh buat korang lebih bertenang.

Menjauhkan diri daripada mereka

Bila dah tegur depan-depan pun masih tak jalan, korang bawa jelah diri. Orang macam ni kita tak boleh layankan sangat nanti kita juga yang akan sakit hati. Kalau tak mampu untuk kawal diri bila berhadapan dengan sejenis ini, korang cuba jarakkan diri korang dengan mereka. Kita ada hak untuk bahagia dengan cara kita sendiri. Ingat tu!

Tak perlu paksa diri untuk mengubah mereka

Banyak lagi perkara yang lebih penting untuk kita fokus dalam kehidupan kita. Lagipun kita tak boleh nak senangkan hati semua orang. Daripada memendam rasa sedih kerana sering dilayan buruk oleh seseorang, lebih baik fokus kepada orang yang lebih menyenangkan hati kita. Kita tidak boleh paksa diri untuk mengubah sikap seseorang dalam waktu yang sikap. Apa yang kita mampu lakukan hanyalah menjadi terbaik untuk diri sendiri.

Hidup kita merupakan sebuah pilihan yang telah kita tetapkan. Kalau kita pilih untuk bersedih, kita akan terus bersedih. Jika kita pilih untuk bergembira, kita akan bergembira. So korang nak pilih yang mana?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my