Dhiaventure

Tak cukup ‘Korea’ la kalau korang tak cuba 5 seafood ini dekat Busan!

Oleh  | 

SELAIN daripada buat kita menangis, kita juga patut berterima kasih kepada senarai drama Korea yang kita tengok sebab buat kita telan air liur dengan makanan mereka yang nampak sedap dekat dalam skrin. Itu belum lagi scene mereka makan seafood dekat tepi pantai ramai-ramai. Memang menguji keimanan kita yang tengah niat nak diet.

Kalau korang nak tahu, sebuah tempat dekat Busan memang terkenal dengan Seafood yang segar-segar dan sedap. Tempat itu ialah Jagalchi Market yang terletak kira-kira 2 kilometer dari stesen Busan.

Jadi hari ini, sis nak roger senarai 5 seafood yang korang wajib cuba dekat sana, ok!

Ganjang Gejang

Okay benda pertama yang korang kena cuba ialah ketam segar ini tau. Ia adalah ketam yang disalut dengan sos kacang soya. Ia kemudian akan diperam selama tiga hari sebelum dihidangkan dalam keadaan sejuk. Nak makan pun ada caranya tau. Biasanya orang akan makan nasi dekat dalam cengekerang ketam itu. Katanya supaya lebih berselera nak makan.

Saengseon Hwe

Makanan yang ini pula lebih kurang macam Sashimi. Macam hirisan salmon segar yang dimakan bersama-sama dengan sos. Barulah sedap!

Sannaksi

Ini pula ialah octopus iaitu sotong yang ada banyak kaki. Biasanya dekat kedai mereka akan potong dan korang akan makan hidup-hidup sambil cecah dengan wasabi. Korang kena kunyah betul-betul tau jangan main telan saja. Sebab pernah ada kes octopus melekat dekat tekak dan dia tak boleh bernafas. Dah satu hal pula.

Gaebul

Gaebul atau penis fish adalah ikan yang agak terkenal juga sebab bentuknya yang ‘sesuatu’ sangat. Cara makannya ialah kunyah ikan tersebut seperti biasa. Tapi nanti akan keluar macam cecair bila korang gigit ikan itu.

Monggae

Monggae atau Sea Pineapple adalah sejenis sejenis sotong yang berwarna oren merah. Bentuknya dan permukaannya pula nampak macam getah. Kalau korang picit, ia akan keluarkan cecair. Bila gigit tu korang akan rasa isi sotong ini sangat berlemak dan masin.

Okay! Itu antara makanan yang korang wajib cuba kalau dah jejak kaki dekat Busan tau. Lepas itu jangan lupa tag kitorang dekat Instagram @thedhiamy dan beritahu kami apa pendapat korang tentang makanan tersebut.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my