D-Life

Tak dapat lama pun takpe la, 15 minit pun jadilah

Oleh  | 

“Aduh stressnya! Malas betullah nak hadap semua nih.”

HAAA…kalau dah terpacul ayat ini confirmlah kita ni memerlukan me time. Tapi kalaulah boleh dapat me time sebelum stress menghantui lagilah bagus. Me time ni tak semestinya kena ambil masa sehari suntuk, 15 minit pun dah cukup tau.

Walaupun sibuk dengan rutin harian, korang kena cari masa untuk rehat sebentar dan recharge. Apa je ek yang boleh buat dengan masa terhad yang ada?

Yes girl this is for you! Sis senaraikan untuk korang ‘Me Time’ okay!

via GIPHY

Putuskan Komunikasi

Sekat semua penggunaan alatan elektronik, media social, email dan panggilan telefon untuk jangka masa tertentu. Sebaliknya manfaat masa yang ada itu dengan membaca buku atau majalah, berjalan mengambil angin, atau memandang tingkap dengan penuh ketenangan jiwa.

Sumber: Unsplash

Nikmati me time mudah ini ketika menghirup kopi pagi, ketika perjalanan dalam komuter atau menaiki teksi atau mungkin pada waktu rehat di tengahari. 

Tingkatkan Kualiti Mandian

Ya, ia mungkin kedengaran cliché tetapi mandi merupakan antara waktu me time yang paling win. Mandian buih atau aroma terapi sambil ditemani lagu-lagu kegemaran, ia momen yang sangat menenangkan. Tidak kisah sama ada 30 minit sahaja, ia sudah cukup memberi kesegaran bagi meneruskan rutin seterusnya yang menanti.

Sumber: Unsplash

Lelapkan Mata Sebentar

Walau pun sebentar, ia bukan bermaksud sekadar berbaring di sofa dan mengakibatkan sakit leher. Lakukan ia sama seperti benar-benar tidur dengan berbaring selesa di atas katil, diselimuti comforter yang gebu dan berehatlah dengan baik. Tidur lena jika mempunyai masa mencukupi, atau sekurang-kurangnya lelapkan mata dan rasai keselesaan itu.

Sumber: Unsplash

Menulis Jurnal

Catitkan luahan perasaan, ketegangan, idea-idea dan impian, atau apa sahaja yang mahu diingati. Tidak kira sama ada positif atau negatif, ambil pen dan tulis. Simpan buku nota kecil bersama dan pastikan ia sentiasa dikemaskini. Cara ini jauh lebih baik berbanding menghadap telefon bimbit.

Sumber: Unsplash

Menonton TV

Ada kalanya guilty pleasure menonton televisyen juga bagus untuk jiwa. Ia mungkin sukar dilakukan dek kesibukan kerja atau pun bagi wanita yang sudah mempunyai anak-anak kecil, masa menonton begitu terhad. Jadi gunakan me time ini untuk menonton apa yang anda sukai, seperti drama Melayu atau siri Korea.

Sumber: Unsplash

Mencipta Sesuatu

Reka dan cipta, ya hanya untuk keseronokan sendiri. Kuncinya ialah ia tidak perlu sempurna, tidak perlu terlalu merancang atau memastikan ia tepat. Melukis, menulis, membuat kek, mewarna…hanya cuba lakukan dan lihat hasilnya. Apa yang penting dalam aktiviti ini ialah bagi memulakan kemampuan mencipta, bukannya untuk melihat hasil yang sempurna.

Sumber: Unsplash

Keluar Makan Tengahari

Tuju ke kafe kegemaran, duduk sendiri dan nikmati menu lazat secara tenang dan santai. Aktiviti ini sangat bagus dilakukan di tengah-tengah minggu, untuk berehat daripada rutin biasa.

Sumber: Instagram

Selepas selesai makan, mungkin boleh diteruskan dengan membaca beberapa helaian buku, melihat perlakuan orang yang lalu-lalang atau dalam kata lain kosongkan fikiran. Ia pasti akan memberikan ketenangan dan membuatkan anda tersenyum sendirian.

So macam mana, dah tahu ke nak buat apa masa me time? Kalau setiap kali bertukar-tukar pun ok jugak, tak adalah boring buat benda yang sama. Pastikan aktiviti yang dipilih tu dapat kurang dan hilangkan stress, jangan pulak makin teruk jadinya.

Sumber: amexessentials.com

Penulis: Salwa

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my