Serious?!

“Tak habis-habis buat hal!” Instafamous diselar netizen kerana tak jaga sensitiviti makanan tradisi

Oleh  | 

Terbaharu, kecoh di media sosial tentang seorang sepasang suami isteri instafamous Syafiqah Aina dan Hafiz Mahamad dikecam netizen kerana telah menghina makanan ambuyat sewaktu sedang membuat ambuyat challenge.

Dalam video yang telah dimuat naik oleh suami kepada instafamous itu, mereka telah membuat ambuyat challenge di sebuah kedai makan. Aina kelihatan mahu muntah selepas mencuba ambuyat dan menerusi video itu juga Hafiz menyuruh Aina menelam ambuyat itu seperti kahak. Tindakan Hafiz itu telah mengundang kecaman segelintir netizen yang kebanyakan tidak puas hati apabila Hafiz menyamakan ambuyat dengan kahak.

Video ini telah ditonton sebanyak 367292 kali di Instagram dan mendapat 2290 komen. Bagaimanapun video tersebut telah di removed di Instagram. Dhia sempat screenshot komen netizen. Rata-rata mereka mengecam tindakan pasangan itu apabila mereka tidak menjaga sensitiviti ketika melakukan ambuyat challenge di kedai makan dan seolah mengganggu pelanggan lain untuk makan di situ.

 

FOTO: Instagram Hafiz Mahamad

 

FOTO: Instagram Hafiz Mahamad

FOTO: Instagram Hafiz Mahamad

Namun setelah keadaan menjadi semakin panas dan tegang, Hafiz Mahamad tampil memuat naik sebuah video bagi menjelaskan situasi sebenar ketika video itu dirakam.

“Saya saja buat video, saja nak tengok reaction Aina kena makan ambuyat size besar,”

 ” Saya cakap pada Aina, telan ambuyat tu macam telan kahak, bukan saya anggap ambuyat tu macam kahak,”

Namun, ada juga segelintir netizen yang menyokong mereka. Ada yang beranggapan orang yang mengecam ni tidak membawa apa-apa kebaikan pun. Asyik nak kecam orang je kalau korang kena kecam pula apa rasanya?

FOTO: Instagram Hafiz Mahamad

 

FOTO: Instagram Hafiz Mahamad

Team Dhia berharap lepas ni korang pandai jaga sensitiviti tak kira dekat mana pun korang berada. Bagi yang nak menegur tu mohon tegur dengan cara berhemah okay? Jangan jatuhkan orang lain dengan mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati. Budi bahasa kan budaya kita. Gitu!

BACA: Betul ke Ambuyat sejenis “yucks?”

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my