Serious?!

Tak kisah tua atau muda, buah pinggang tetap kena jaga!

Oleh  | 

HELLO gadis-gadis trendy! Okay so, hari ini sis nak bercerita sikit tentang kesihatan tubuh badan kita semua. Banyak tips-tips tentang kesihatan yang sis kongsikan dekat korang supaya korang tahu apa yang sepatutnya korang buat untuk kekal sihat.

Bukan setakat kesihatan luaran je kena jaga sayang oi, kesihatan dalaman lagi lah penting untuk korang jaga sebab kalau sakit nanti bukan semuanya boleh diganti sebegitu sahaja! Dan susahnya bukan pada kesakitan je, duit pun akan terbang melayang jugak kan?

Jadi lebih baik korang spend untuk melancong tengok dunia daripada terlantar sakit kan? Jadi hari ini sis nak kongsikan tips menjaga buah pinggang korang tu.

Penggunaan ubat-ubatan

Korang tahu tak dengan pengambilan ubat secara berlebihan boleh menaikkan risiko untuk penyakit buah pinggang? Yes! Kalau korang kerap makan ubat, memang boleh rosakkan buah pinggang tu. Jadi, ikut nasihat doktor sebelum main bedal apa-apa ubat ya.

Anti-biotik

Ubat antibiotic memang boleh melawan bakteria jahat dalam badan. Dan kalau korang makan tanpa pengawasan atau arahan doktor yang sah, boleh menimbulkan isu yang serious terhadap buah pinggang korang tu tau.

Makanan tambahan (pil-pil herba)

Jangan mudah terpedaya dengan iklan-iklan atau segala janji manis yang diberikan oleh si penjual. Korang tak tahu keadaan dalam badan kita sama ada sesuai ke tidak untuk makan pil herba atau supplemen bagai kan? Jadi tak perlu meletakkan diri dalam bahaya dengan mengambil pil bermacam jenis ni.

Permakanan

Setiap minuman dan makanan yang korang makan itu akan diproses melalui buah pinggang sebelum bertukar menjadi bahan kumuhan. Tidak kira lah makanan itu sihat untuk kita atau pun tidak. Lebih baik korang jaga makan sebelum terlambat!

Air

Meminum air yang cukup adalah amat penting bagi sesiapa pun. Korang kena tahu, buah pinggang kita berfungsi untuk menyingkirkan sisa dan air dapat membantu melancarkan proses. Jadi pastikan minum air yang cukup!

Sakit ni tak kira umur tau. Lagi-lagi sekarang ni bermacam-macam jeis penyakit yang kita dengari. Jadi sayangi lah diri korang dengan mengikut tips-tips yang sis dah kongsikan ni.

 

 

Sumber:FreeMalaysiatoday

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my