Dhia Glam

Tak kisahlah kalau kamu nak jadi fashionista, tapi…

Oleh  | 

SETIAP kali ada majlis dan anugerah, pernah tak kamu tertanya-tanya fesyen yang digayakan kadang-Kadang sangat over untuk kamu? Ada saja tidak kena di mata kamu seperti seluar yang terlalu ketat, terlalu pendek atau warnanya sangat buruk.

Fesyen dan stail bukan hanya tentang apa yang kamu lihat di majalah. Ia sebenarnya lebih daripada itu. Ia menunjukkan peribadi dan keselesaan seseorang.

Trend fesyen

via GIPHY

Trend  fesyen berubah mengikut musim. Kamu akan dapat lihat bagaimana sesuatu gaya itu tiba-tiba hangat dan sekejap kemudian mula dilupakan. Boleh jadi juga sebaliknya. Apapun pakaian yang kamu pilih, jangan terlalu ‘memaksa’ hingga menyebabkan kamu tidak selesa dan melanggar norma masyarakat terutama jika ia pakaian tradisi yang mementingkan kesopanan.

First impressions

via GIPHY

Orang akan menilai kamu bedasarkan kepada apa yang kamu pakai, cara kamu bercakap dan cara kamu menghormati orang lain. Ambil langkah selamat dengan menyimpan pakaian yang sesuai untuk semua majlis di dalam almari pakaian kamu. Pastikan kamu mempunyai jaket atau kardigan dipadankan dengan dress atau top.

Fesyen untuk professional

via GIPHY

Jika kamu bekerja di sebuah syarikat yang memerlukan kamu memakai pakaian formal. Kamu haruslah mematuhi standard yang dikenakan syarikat. Oleh itu, kamu boleh berfesyen dan bermain dengan suit dan kasut bertutup yang elegan. Jika kamu ingin mengenakan perhiasan, pastikan ianya tidak keterlaluan. Biar sederhana asalkan kemas dalam bergaya.

Fesyen ikut keadaan dan majlis

via GIPHY

Jika kamu ingin memilih pakaian untuk digayakan, pastikan ianya sesuai dengan majlis yang ingin kamu hadiri. Pakaian sewaktu menghadiri majlis kenduri doa selamat adalah berbeza jika kamu ingin pergi ke majlis sambutan hari lahir kawan kamu. Namun, ini kami nak kongsikan apakah yang patut ada dalam almari kamu yang sesuai untuk semua majlis.

Sumber: the spruce

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my