Inspirasi Dhia
Tak mampu beli basikal, kanak-kanak ini cipta basikal dari buluh
[Terpopuler] Ini sepeda bambu hasil rakitan anak desa Uraso, Sulawesi Selatan
Tak mampu membeli sepeda, mereka pun membuat sepeda sendiri dari bambu dan kayu. Keterampilan ini sudah turun temurun dipelajari di desa. Mari lihat bagaimana mereka merakitnya! pic.twitter.com/vo8nvw9R1x
— BBC News Indonesia (@BBCIndonesia) December 15, 2018
Mungkin bagi sesetengah orang, memiliki basikal adalah sebuah kebiasaan dan bukanlah sesuatu yang perlu dibanggakan.
Namun, di sebuah tempat yang lain, memiliki basikal hanyalah sekadar impian kerana faktor kewangan dan kemiskinan hidup yang terpaksa dihadapi.
Ini kisah menarik yang terjadi dari sebuah kawasan di Sulawesi Selatan , Indonesia apabila sekumpulan kanak-kanak menggunakan kreativiti mereka membina basikal sendiri yang dibuat daripada buluh.
Dalam sebuah video daripada BBC Indonesia telah menunjukkan bahawa biarpun kanak-kanak ini lahir dalam keluarga yang tidak berkemampuan. Ia bukanlah alasan untuk mereka tidak boleh memperoleh keseronokkan seperti kanak-kanak lain.

FOTO: BBC Indonesia
Bahan binaan basikal ialah kayu dan buluh serta sisa daripada bahan binaan di sekitar mereka. Ia dihasilkan sendiri mengikut daya kreativiti mereka tanpa mendapatkan pertolongan orang dewasa.
Dalam video berdurasi hampir 2 minit itu menyatakan alasan mengapa anak-anak itu membuat basikal sendiri adalah kerana mereka tidak mampu memiliki basikal.
Mereka mengambil masa satu hari untuk menyiapkan satu basikal. Hasilnya, basikal tersebut akan menjadi kenderaan setiap kali mereka hendak ke sekolah.
Secara tidak langsung, sekolah juga menjadi tempat pameran basikal buatan anak-anak tersebut.
Anak-anak tersebut juga mengajarkan kita semua bahawa tidak ada yang mustahil untuk mewujudkan impian.





Komen Terkini