Dhia Glam

Tak nak pakai heels waktu bersanding? Converse dah lancarkan kasut khas untuk pengantin!

Oleh  | 

SEBENARNYA tak semua perempuan suka pakai kasut tumit tinggi. Yelah, sakit kaki tau kalau nak berdiri lama-lama terutamanya sewaktu kenduri kahwin. Jadi, ini berita baik kepada korang yang suka sneakers sebab Converse dah lancarkan koleksi kasut terbaru untuk pengantin. Yuhu!

Koleksi yang dinamakan Converse Wedding Sneakers ini sangat selesa silap haribulan korang boleh berkejaran lagi dan buat tik tok dengan kawan kawan-kawan yang datang. Gitu! Meh sis belanja macam mana agaknya rupa kasut yang disebut tadi!

Tapi rekaan kasut yang dilancarkan Converse pun boleh tahan cantik ya. Tak la malu nak dipakai dan nampak trendy je dalam gambar. Kasut koleksi pengantin ini menerima sentuhan klasik ala-ala 1917.

Bukan untuk perempuan sahaja, ada juga kasut yang direka untuk pengantin lelaki.

Ada suka style lain termasuklah yang elegan macam ini.

Tak minat putih? Tak ada hal, korang boleh pilih warna hitam macam ini. Boleh lenjan pakai setiap hari walaupun selepas majlis berakhir.

Ewah, ewah, cantiknya alahai warna keemasan ini!

Kalau korang jenis extra dan sukakan sesuatu yang sparkly, boleh cuba ini.

Jadi macam mana? Lepas tengok semua ini, korang team high heels ke team sneakers untuk majlis korang nanti?

 

Berita baik untuk korang yang suka shopping secara online. 10% off untuk pembelian pertama di website Sephora.

Apa tunggu lagi check out sekarang di www.sephora.com

 

Sumber: Buzznick

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my