Serious?!

Tak orginal, Lagu Andi Bernadee sebijik macam Jason Derulo?

Oleh  | 

KETIKA para netizen sedang hangat membincangkan aksi menari  dilakukan oleh Andi Bernadee dalam muzik video terbarunya yang disifatkan sebagai tidak sopan, muncul pula desas-desus dari netizen menyatakan lagu tersebut saling tak tumpah sama seperti Jason Derulo berjudul Swalla. Aik, tak original ke?

Foto:Twitter

Marah betul netizen sampaikan mempersoalan siapa Andi Bernadee ini dan mengapa sebahagian daripada lagunya sama seperti lagu Jason Derulo! Korang rasa sama ke tidak ? Bila sis dengar semula, memang sama part chorus tu. Jom kita dengar sikit!

Bukan itu je, ada pula yang menyatakan muzik video Shimmy ini seakan seperti beberapa muzik video yang lain, seperti Taylor Swift dan Sia. Hm betul ke? Tengoklah sendiri.

Ada pula yang cakap, part kubur tu sama macam lagu Taylor Swift yang ni. Korang rasa?

 

Foto:YouTube

Bukan itu sahaja, dalam muzik video tersebut juga terdapat aksi Andi mengigit leher wanita dan aksi dua orang wanita mengigit leher beliau.

Foto:YouTube/Andi Bernadee – Shimmy (Official Music Video)

Tindakan itu mendapat kecaman hebat daripada netizen kerana ia bersifat kurang sopan. Tambahan lagi, ada juga pengguna Twitter menyatakan satu bahagian daripada muzik video Andi Bernadee, akan sama seperti salah satu muzik video Billie Eilish yang bertajuk Bury a friend.

Foto:YouTube/Bury a friend by Billie Eilish

Tambahan lagi, tarian yang dilakukan oleh Andi Bernadee bersama seorang wanita juga turut disifatkan sebagai kurang sopan dan terlalu seksi. Berikut pula reaksi yang terdapat dalam komen daripada muzik video tersebut.

Sebenarnya normal kalau muzik video ada mengambil inspirasi dari video artis antarabangsa. Cuma, part perkataan Shimmy tu mungkin pihak Andi kena beri penjelasan. Sama-sama kita nantikan.

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my