D-Life

Tak payah guna oven! Ni resepi Blueberry Cheesecake mudah gila

Oleh  | 

SIAPA yang tak suka cheese, kan? Bila masuk dekat dalam mulut terus cair dengan rasa creamy khas dan lemak. Ditambah pula dengan limpahan blueberry di atasnya. Alamak, terus terliur!

Kalau korang nak tahu, sebenarnya ada cara paling simple tau nak buat kek macam ini. Tak payah guna oven. Jom baca sampai habis.

via GIPHY

Bahan-bahan

kek:

600 ml susu cair

350 gram kejur parut

200 gram gula pasir

10 keping roti

5 sudu makan limau

2 bungkus agar-agar

2 biji telur

margerin

Blueberry:

Blueberry yang telah dikisar

6 sudu air lemon

4 sudu makan air

2 sudu gula pasi

Macam mana nak buat?

Masukkan susu cair, kejur, gula pasir, roti, air limau, telur dekat dalam blander. Lepastu kisar sampai halus dan tuangkan dalam loyang yang dah siap disapu margerin.

Lepas tu kukus adunan sekitar 25 minit dengan api sederhana.

Sementara itu, ayuhlah kita sediakan jem blueberry untuk dicurahkan di atas kek tersebut. Masukkan semua bahan yang sis nyatakan tadi untuk bahagian blueberry dan gaul sampai rata.

Lepas tu telak atas kek tadi dan simpan dalam peti ais. Makanlah waktu kek sejuk mesti lagi sedap. Selamat mencuba!

Sumber: IDN Times

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my