Deko

Tak payah mahal-mahal, ini cara nak ‘make sure’ bilik tak sendu raya ni!

Oleh  | 

BILA nak dekat raya ni, mulalah masing-masing ligat memikirkan apa agaknya cara yang sesuai nak hias rumah. Benda penting yang patut korang beri perhatian juga termasuklah bilik tidur korang. Bila kali terakhir korang ubah suai bilik? Benda ni penting tau untuk memberikan korang suasana baru.

Kalau korang tak banyak bajet sebab nak belikan keluarga baju baru, yes, yes, I get it! Jadi, sebelum nak deko atau ubah suai rumah korang. Ada 3 benda yang patut korang perhatikan untuk mendapatkan ruang bilik yang cantik dan kemas.

Almari

Ini benda paling mustahak yang patut dibincang dan dipandang serius. Cuba korang tengok sikit keadaan almari korang tu. Okey ke bertimbun? Kalau korang nak tahu, sistem atur barang yang sistematik adalah kunci segala ketenangan dalam bilik korang tu. Carilah cara yang boleh menjimatkan ruang. Contohnya macam rak tergantung ni dan kotak di atas almari untuk korang simpan barang. Korang boleh senang cari tudung, baju dan selipar untuk memudahkan korang cari di saat memerlukan. Kan kemas tu.

Sudut kegemaran

Bilik tidur adalah ruang untuk korang bebas berfikir dan berehat. Jadi, apa kata korang cipta satu ruang dalam bilik korang untuk menciptakan kedamaian. Korang hanya perlukan satu kerusi yang selesa biasanya di tepi tingkap. Korang bolehlah termenung, baca buku atau main gitar di sudut itu.

Tukar apa yang patut

Tak payah beli katil baru. Korang hanya perlu gantikan corak dan warna cadar korang tu. Korang boleh seimbangkan warnanya dengan keseluruhan bilik. Bagi suasana yang lebih tenang, korang pilihan warna putih atau hitam.

Ha, kalau nak lebih menarik lagi. Apa kata korang letakkan tumbuhan hidup yang mudah dijaga dalam bilik korang. Confirm aura dia jadi lain. Tambah pula dengan lilin aromaterapi. Memang buat korang tak nak tinggalkan bilik.

Inilah tiga benda yang korang boleh consider untuk buat raya ni. Barulah meriah!

Sumber: IKEA

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my