D-Life

Tak payah nak menggelabah, Ini benda yang korang patut buat kalau kereta kena langgar

Oleh  | 

KITA dah la ada meeting penting hari ini tapi boleh pula ada orang cuai bawa kereta sampai ‘tercium’ kereta belakang kita. Bila kena macam ni, mahunya tak menggelabah!

Ada pula yang jenis asyik nak bergaduh. Sabar sis sabar, Bila benda ni berlaku dekat korang, berikut adalah benda yang korang sepatutnya buat seperti yang diajar oleh peguam Salkukhairi Abd Sukor bagi menghadapi insiden sebegini.

via GIPHY

  1. Jangan menggelabah, tenangkan diri korang

  2. Sila berhentikan kereta di tepi jalan atau di kawasan lapang supaya kita tidak menganggu aliran trafik. 

  3. Kalau korang dah nampak orang yang langgar tu keluar dari kereta. Korang pun silalah keluar bawa telefon bimbit. Jangan memandai bawa keluar steering lock atau apa sahaja benda yang boleh buat orang rasa korang nak melakukan kecederaan. 

  4. Sapalah orang itu dengan baik dan bahasa yang sopan. Jangan maki hamun. Tak manis cik adik oi.

  5. Ha, ambil gambar nombor plat dan cukai jalan kereta yang langgar korang tadi.

  6. Tanya elok-elok kenapa dia boleh langgar atau terlanggar kereta korang. Ha biasanya mulalah kita akan saling menyalahkan. 

  7. Korang kena kawal keadaan dan jangan sampai bertengkar sebab ia tak akan menyelesaikan keadaan malah menyebabkan aliran trafik bertambah lambat sebab nak tengok korang bergaduh. 

  8. Kalau dia bagi, ambil gambar lesen memandu orang tu dan juga kad pengenalan. Ha! nombor telefon pun ambil sekali tau. Kalau ada kad bisnes lagi bagus.

  9. Kalau dia mengaku salah, jangan minta duit untuk ganti rugi. Terus sahaja pergi bengkel dan biarlah mereka yang nilai berapakah jumlah kerosakkan tersebut. 

  10. Kalau dia tak nak bayar, tak apa. Jangan mengamuk dan biarkan sahaja dia pergi.

  11. Buat laporan polis di tempat kejadian.

  12. Lepas laporan dibuat, pergilah ke JPJ  untuk cari syarikat insuran mana yang bertanggungjawab dengan kenderaan tadi.

  13. Ha, jadi biarkan panel syarikat insuran itu yang uruskan segala kerosakkan kereta tersebut.

Ha, sekarang dah tahu kan langkah-langkah yang sepatutnya diambil? Bolehlah digunakan sekiranya korang mengalami situasi ini. Tak perlu gaduh-gaduh lagi. 

Sumber: Myinfomaya

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my