Serious?!

“Tak payah sibukkan diri dengan cerita lelaki pakai telekung,” -Mufti perlis

Oleh  | 

“Tak perlu menyibukkan diri dengan sesuatu berita seperti seorang lelaki pakai telekung dan bersembahyang di ruangan operempuan. Ia tidak membantu perkembangan ekonomi dan pendidikan negara kita,” demikian kata Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri ketika diminta mengulas mengenai isu Sajat di Mekah.

Mohd Asri berpendapat, perkara remeh ini tidak mengembangkan masyarakat. Perkara seperti kes Sajat ini hanya perlu dinasihati tanpa perlu membabitkan banyak pihak.

BACA: Boleh ke golongan mak nyah pergi umrah? PU Rahmat kata…

“Kita nasihatkan dia ja la. Rahmat Allah itu luas mudah-mudahan dengan bermacam peristiwa dekat Mekah akan membuat dia berubah.

Mengulas lanjut, Mohd Asri berkata tak ada siapa tahu motif Nur Sajat pakai telekung dan solat dekat kawasan perempuan.

“Kadangkala orang ini ada cara tersendiri  nak cari publisiti terutama dalam perniagaan. Tapi saya pun tak tahu apa motif dia buat demikian.

“Membuat kejahatan dekat Mekah bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana dekat sana ada penipu umrah. Ada pihak yang bawa lari hajarul aswad selama 20 tahun ke negara asal mereka,” katanya lagi.

Lembaga Tabung Haji ada mengeluarkan Resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali Ke-28 mengenai khunsa dan mukhannas (Lelaki menyerupai wanita)

Jika seseorang ,enukar jantina dan melakukan pembedahan bukan sebab keharusan syarak, maka hukum individu tersebut menunaikan ibadah haji dan umrah hendaklah mengikut hukum asal kejadian diri.

Sumber: Perak Today

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my