Be-You-Ty

Tak perlu pergi spa kuku, ini caranya untuk cantikkan kuku!

Oleh  | 

KALAU sembang pasal tips-tips cantik ni memang banyak yang korang boleh buat sendiri je. Dan kalau sentuh bab kuku, mesti ramai yang prefer untuk buat dekat spa je kan?

Bagi yang mampu tu tak menjadi masalah pun sebenarnya. Tapi, bukan semua mampu untuk menghabiskan duit kan? Kadang-kala sukar jugak untuk cari spa yang memberikan treatement yang murah.

So today, sis nak kongsikan dekat korang macam mana untuk jaga kuku korang supaya nampak cantik macam pergi treatment spa!

Perahan air lemon

Tips ni sesuai untuk mengurangkan kusam pada kuku korang. Kalau korang yang suka pakai pewarna kuku tu memang sesuai sangat la untuk amalkan tips ni. Ambil kapas dan korang sapukan air perahan lemon tu pada kuku. Bilas bila kering.

Aloe Vera

Kelebihan aloe vera juga turut boleh digunakan untuk mengilatkan kuku korang. So apa yang korang boleh buat adalah ambilkan isi aloe vera dan urutkan pada kuku. Jadikan rutin harian korang untuk mendapatkan hasil yang baik.

Garam,minyak gandum dan air suam

Caranya adalah campurkan tiga sudu garam lemon dan minyak gandum dan campurkan denagn sedikit air suam.Lepas bahan yang dicampurkan itu menjadi likat, korang urutkan pada kuku dan biarkan selama 15 minit. Setelah kering, boleh bilas. Lepas bilas sapukan losyen tangan agar kulit tidak menjadi kering dan untuk hasil yang baik.

Minyak Zaitun dan Lemon

Campurkan sedikit minyak zaitun dan air perahan lemon. Setelah sebati korang urutkan pada kuku sehingga ia meresap. Lakukan secara kerap dan kulit pun akan jadi lebih sihat.

Bawang Putih

Korang boleh gunakan bawang putih yang telah dihancurkan tu untuk di letakkan pada kuku dan biarkan selama 15 minit. Lepas tu korang basuh lah dengan air sabun untuk menghilangkan bau bawang putih tu.

Itu lah tips mudah dan simple untuk korang boleh amalkan untuk mencantikkan kuku. Senang je cara organik dan hanya perlukan bahan-bahan dirumah saja!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my