Inspirasi Dhia

Tak ramai tahu, rupanya ini pembunuh dalam senyap di tempat kerja

Oleh  | 

INI sebuah artikel serius.
Pada umur seperti hari ini, kita mula terjun ke alam kerjaya. Kita akan berhadapan dengan banyak perkara dan situasi yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini. Tanpa kita sedari, ada pembunuh secara senyap yang boleh membuat kita lesu, hilang semangat dan keyakinan. Pembunuh itu dipanggil stres.

Kepada yang sedang membaca, ini bukan suatu gurauan. Jika kamu menghadapi sakit kepala dan perut, tekanan darah tinggi, sakit dada dan bermasalah untuk tidur. Kamu mungkin menghadapi stres yang menyebabkan depresi.

Tiada sesiapa yang boleh menyelamatkan diri kamu melainkan kamu sendiri. Namun jangan bimbang, kamu tidak pernah berseorangan menghadapi tekanan ini. Bersama-sama artikel ini, kami berikan beberapa langkah untuk sama-sama menjaga diri kita berdua.

Cari seseorang yang boleh kamu percaya

via GIPHY

Jangan sembunyikan perasaan dan apa yang kamu rasa di dalam dada. Ini kerana ia akan menyebabkan kamu tertekan dan berasa terbeban menghadapi masalah berseorangan. Ceritakan masalah yang kamu kepada seseorang. Cipta suasana dan perhubungan yang baik dengan mereka di tempat kerja kamu. Kalau bertemu di kafe, bertegurlah. Walaupun kamu bekerja di department yang berlainan.

Bersenam

Ha! Jangan tak tahu. Bersenam juga mampu memberikan kamu tenaga dan fokus. Apa kata kamu ajak kawan yang baharu kamu kenal itu bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Kalau malas sangat, apa kata kamu berjalan-jalan sahaja di taman.

Makan sihat

via GIPHY

Makan juga mempengaruhi kadar stres. Oleh itu, kurangkan pengambilan gula dalam masakan. Perbanyakkan makanan seperti yang kaya dengan omega-3 dan kaya dengan asid. Elakkan pengambilan seperti kopi.

Utamakan yang perlu

Memang banyak kerja yang perlu diselesaikan. Sebab itulah pentingnya to-do-list. Senaraikan segala kerja dan keperluan untuk diselesaikan. Selepas itu bahagikan tugasan tersebut agar kamu lebih tenang.

Jangan fikir bukan-bukan

via GIPHY

Memandangkan ia adalah pekerjaan baharu untuk kita, maka kamu perlu mengerti bahawa ia adalah sebuah proses. Maka, kamu pasti akan melakukan kesilapan. Jangan terlalu rigid untuk melakukan kesilapan sehingga takut melakukan kesilapan. Sentiasalah berfikiran positif dan tersenyum ok? Hindarilah situasi yang menjadikan kamu toksik dan negatif.

Sebagai manusia, kita tidak akan pernah lari daripada melakukan kesilapan. Namun, kita pasti boleh melakukan sesuatu untuk menyelamatkan diri kita daripada dipermainkan dan diperkecilkan.

 

Sumber: snacknation

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my