Serious?!

Tak rela berkongsi kasih, Mia Ahmad enggan bermadu

Oleh  | 

POLIGAMI sememangnya menjadi sebuah perkara yang digeruni oleh semua wanita. Siapa je yang rela bermadu kan? Namun tidak dinafikan ada juga segelintir wanita yang rela berkongsi kasih demi sebuah kebahagiaan. Salute betul wanita yang kuat seperti ini.

Namun perkara ini tidak diterima dengan mudah oleh pelakon cantik bermata redup, Mia Ahmad. Awal-awal lagi Mia sudah menjelaskan bahawa dia bukanlah seorang wanita yang rela berkongsi kasih namun dia amat mengagumi wanita yang mampu melakukan perkara ini.

Sebelum ini Mia Ahmad atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi, 31 pernah mengalami kemelut rumahtangga bersama suaminya yang juga merupakan penjaga gawang JDT, Ahmad Izham Tarmizi.

Mengakui bahawa pernah wujud orang ketiga dalam rumahtangga mereka, Mia kini sedang dalam proses mencuba memperbaiki semula hubungannya bersama suami lebih-lebih lagi kini mereka sudah dikurniakan cahaya mata, Sayf Issa yang baru berusia 6 bulan.

“Hubungan saya dan suami kini dalam proses pemulihan. Kini kami masih cuba untuk suai kenal semula dan memperbaiki hubungan kami ke arah lebih baik,” ujarnya.

FOTO: MHE

Mia juga menjelaskan apabila dia membuat keputusan untuk pulang semula ke pangkuan suaminya, dia perlu cuba untuk melupakan kisah pahit yang berlaku dan memaafkan suaminya itu. Ujarnya lagi, kehadiran Sayf Issa menjadi salah satu sebab dia masih kuat untuk mempertahankan perhubungan mereka.

“Sayf Issa telah mengikat kasih sayang antara kami,” kata Mia sambil menahan sebak

Mia Ahmad dan Izham Tarmizi telah mendirikan rumahtangga pada pada 17 Januari 2017 di Taiping Perak setelah setahun menjalinkan hubungan cinta.

Dhia doakan yang terbaik untuk Mia Ahmad dan suaminya ye. Semoga hubungan mereka berkekalan dan lancar sampai bila-bila. Buang yang keruh ambil yang jernih tak gitu?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my