Serious?!

“Tak sangka viral!”-Ini cerita sebenar pengantin minta ibu ayah ‘cover’ majlis sanding

Oleh  | 

BILA kita dah besar ni, pernah tak korang terfikir macam mana agaknya waktu mak ayah korang bersanding dulu? Ha, ini ada cerita best baru-baru ini viral di Twitter tentang pasangan ibu dan ayah yang bersanding di sebuah majlis perkahwinan yang sepatutnya untuk anak mereka.

Inilah yang dikongsikan pengantin perempuan iaitu Fatheen Afiqah di laman twitter miliknya. Kisah itu telah menjadi tumpuan netizen dan dikongsikan sejak semalam di platform media sosial terkenal itu.

Pada hari persandingan, sudah ketentuan Tuhan, baru sahaja Fatheen nak sarung selipar, suami sudah menggigil menahan sakit. Rupanya suaminya disahkan menghidapi batu karang dalam hempedu. Maka, mereka pun tiada pilihan lain selain melakukan pembedahan pada waktu itu juga.

“Doktor cakap suami saya memang kena pembedahan segera dan tak boleh hold. Jadi, saya terus telefon ayah dan terangkan yang kami tak boleh nak teruskan majlis persandingan hari ini.

“Tak kan nak batalkan majlis sebab orang dah jemput dan persediaan semua sudah dilakukan. Jadi saya minta papa dan mama ‘cover’ majlis untuk saya. Alhamdulillah semua sangat supportive dan faham situasi kami,”

Ternyata keputusan Fatheen itu tepat. Majlis tersebut begitu ceria dan semuanya sangat positif. Ibu dan ayah Fatheen turun mendapat perhatian netizen yang mengatakan mereka ‘sangat sweet,’

“Saya tak expect langsung kisah saya akan menjadi viral. Saya tahu pun bila ada kawan mention saya di twitter,” kata Fatheen ketika dihubungi Dhia. Jom kita tengok sikit gambar sekitar majlis yang menjadi perbualan netizen itu.

 

Apapun, majlis itu telah berjalan lancar dan dapatlah pasangan ini melihat bagaimana suasana persandingan papa dan mamanya suatu masa dulu.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my