D-Life

Tak semestinya kena sayur je, Hanis Zalikha kongsi menu diet sihat!

Oleh  | 

USAHA nak diet ini memang memerlukan tekad dan semangat yang konsisten. Mana tidaknya, korang kena lupakan hasrat korang untuk melantak makanan kesukaan korang yang rata-ratanya tidak sihat.

Selain bersenam, makanan memang memainkan penting dalam menentukan berat badan kita. Apa yang kita makan boleh menyebabkan badan kita ramping ala-ala anak dara atau pun gempal sehingga menyebabkan kita tidak yakin untuk berjumpa kawan-kawan.

Baru-baru ini selebriti Hanis Zalikha berkongsikan antara menu diet yang menjadi pilihannya demi memastikan badannya tetap kelihatan seperti anak dara walaupun sudah beranak dua.

via GIPHY

Menu diet pilihan Hanis tidak seharusnya terasa ‘menyiksa’, tapi ada juga menu diet yang sedap dan sihat untuk kita makan sehari-hari.

Menerusi Instagram rasminya, Hanis hanya mengambil telur separuh masak untuk sarapan pagi. Bagi mendapatkan telur separuh masak yang diinginkan korang kena rebus dalam air mendidih dan keadaan telur pula mestilah tidak terlalu sejuk. Kemudian gaulkan telur tersebut dengan kicap manis, lada sulah dan lada hitam.

Bagi makan tengahari pula, Hanis makan salmon yang dimasak bersama-sama cili. Nampak macam menyelerakan pula.

Hanis menekankan pengambilan salad yang sangat penting sebagai makanan utama. Salad tak perlu membosankan. Korang boleh tambah salmon atau keropok untuk dimakan bersama. Kata Hanis lagi, salad memang cepat buat kita kenyang tau. Barulah sihat!

Macam senang kan menu diet ini? Sis pun rasa nak cuba. Oh ya, kalau nak hasil yang lebih baik, korang pun kena juga kena elakkan minum air manis dan fokuslah kepada minum air masak pula. Barulah cepat turun berat badan selain membuat kulit lebih lembap dan glowing. Selamat mencuba!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my